Identiti..  

Posted by Xunpheriz in

Melahirkan, mencipta, mencari atau membentuk?

Bila dikaitkan dengan identiti dan personaliti seseorang, pelbagai istilah digunakan. Peringkat remaja sering dikaitkan dengan masalah pembentukan identiti dan wujud krisis identiti.

Jika anda mencipta identiti, maka identiti tersebut belum pernah ada sebelum ini. Penciptaan tersebut seolah-olah anda berkuasa menentukan diri anda.

Mencari identiti pula bermaksud identiti anda sebelum ini hilang atau pergi entah ke mana. Anda mencari diri sendiri.

Berlainan pula dengan membentuk identiti. Ia bermaksud anda mencantum diri anda yang berlainan bahagian atau berpecah dan belum bersatu. Ianya seolah-olah anda mempunyai pelbagai identiti yang berbeza.

Melahirkan pula menjadi sesuatu yang lain. Tapi istilah ini jarang digunakan dalam identiti.

Penulis lebih suka menggunakan istilah 'membentuk' kerana penulis percaya kepada kepelbagaian identiti. Latar belakang, pendidikan ,orang sekeliling dan anggapan terhadap diri sendiri juga mempengaruhi identiti seseorang.

Tetapi, lebih penting, bagaimana orang tersebut membenarkan semua pengaruh tersebut dalam identiti dirinya.

Latar belakang seseorang mempengaruhi bagaimana penilaian dia terhadap kehidupan ini, orang sekitar dan dunia sekelilingnya. Andai pengalaman hidupnya negatif seperti mempunyai ibu bapa yang bercerai, pernah dikhianati kawan rapat, dia akan pesimis terhadap sebuah ikatan perkahwinan dan persahabatan.

Andai dia membenarkan tanggapan negatif tersebut, dia akan menjadi seorang yang negatif biarpun hakikat kehidupan bukanlah begitu.

Andai dia tidak membenarkan tanggapan tersebut dan berfikiran positif, sememangnya dia membuktikan dirinya yang berhak menentukan kehidupannya sendiri, bukan perkara lain..

N; Terpulang kepada penilaian individu.

0 comments

Post a Comment

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile