Falak Untuk Semua  

Posted by Xunpheriz in ,

Falak atau Astronomi adalah ilmu berkaitan alam semesta, cakerawala dan angkasa. Setiap tamadun sepanjang sejarah kewujudan manusia sejak sekian lama memang menjadikan astronomi sebagai salah satu sumber kemajuan dan pemangkin tamadun itu sendiri, termasuklah tamadun Islam.

Namun, sejak penjajahan Baghdad oleh Hulagu Khan yang memusnahkan imej dan sumber ilmu Islam di kota ilmu itu, astronomi Islam atau Falak jatuh dan hampir sukar untuk bangkit semula. Sejak akhir abad ini sahaja, usaha untuk memajukan dan memartabatkan semula ilmu ini dilakukan lebih gigih.

Pelancaran satelit negara dan angkasawan negara pertama antara bukti usaha ini boleh berjaya walaupun mungkin memakan sedikit masa. Sehingga kini, ilmu falak ini dianggap sebagai ilmu untuk sebahagian orang atau ilmu elit. Namun, di sebalik pengiraan ilmu yang melibatkan matematik seperti trigonometri, ilmu ini melibatkan kehidupan dan ibadat muslim sendiri.

Penentuan arah kiblat menjadi lebih mudah dan diyakini dengan wujudnya trigonometri sfera manakala konsep sinus dan tangen memudahkan pengiraan bagi mengetahui waktu solat di sesebuah tempat, termasuk di Malaysia.

Diharapkan kewujudan sebuah blog falak akan lebih memudahkan pemahaman orang ramai terhadap falak dan seterusnya meningkatkan kemajuan astronomi dalam tamadun Islam serta menguasai astronomi.

Oleh itu, lahirlah sebuah blog peribadi untuk perkongsian semua berkaitan falak-Falak Untuk Semua.

0 comments

Post a Comment

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile