GST dalam simpanan..  

Posted by Xunpheriz in ,

Bercuti dari pertengahan bulan November 2009 sehingga awal bulan April 2010, tanpa sebarang sambungan internet, saya tak sempat mempraktikkan tip dan strategi yang diberikan dalam Simpan Challenge 2009.

Saya membaca semula tip dan strategi yang diberikan sepanjang bulan November 2009 itu. Antara tip menarik yang dapat menambahkan simpanan ialah berkaitan GST. GST ialah Good's and Service Tax atau cukai barang dan perkhidmatan.

Setiap barangan yang dibeli akan dikenakan nilai tambah sebanyak 7%-10% dari harga asal. Oleh itu, harga barangan dan perkhidmatan tersebut menjadi 110%.

Begitu juga dengan setiap perbelanjaan harian kita. Tambahkan GST di mana ia akan disimpan ke dalam tabung simpanan sedia ada. Contohnya, kita membelanjakan RM4 untuk makan tengah hari. Saya sarankan 10% dari RM4, bersamaan 40 sen. GST ini akan menambahkan nilai simpanan anda.

Selain menyimpan RM1 sehari, GST ini turut menyumbang untuk meningkatkan simpanan. Kerana saya sendiri baru mengamalkannya sejak minggu lepas. Tip mudah ini meningkatkan simpanan sebanyak 20%..

p.s: Menunggu dan mencari tip kewangan lain untuk diamalkan..Sama-samalah berkongsi.

Melabur dalam ilmu  

Posted by Xunpheriz in ,

Sebelum memulakan sebarang pelaburan, amat penting untuk menetapkan dalam minda mengenai kemungkinan sebarang risiko. Tetapkan dalam minda, pelaburan dalam apa jua bidang pun terdedah kepada kerugian dan keuntungan.

Namun, risiko tersebut dapat diminimumkan dengan menambahkan ilmu mengenai pelaburan. Banyakkan membaca buku dan ebook, menghadiri seminar, bertanya orang lain yang lebih mengetahui dan mengambil tahu perkembangan terkini ekonomi semasa.

Kesilapan kebanyakan pelabur, mahu cepat kaya dan malas serta tidak mahu melabur dalam menambahkan ilmu dan memantapkan minda. Apa yang mereka tahu, jika orang lain boleh untung banyak, mengapa tidak mereka? Tanpa mereka sedari, orang lain telah gagal dalam kebanyakan pelaburan mereka.

Justeru, pengalaman kegagalan itulah yang mematangkan penulis buku pelaburan yang terdapat di pasaran sekarang. Bukan setakat membeli dan mencuba sendiri, terus mengharapkan hasil seperti pakar.

Melaburlah dalam ilmu, terus mencuba walaupun gagal dan bertawakkal kepada-Nya. Jalan kekayaan tidak mudah tetapi ia juga tidak sukar seperti yang disangka..

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile