Bermalam di Pudu  

Posted by Xunpheriz in

Baru-baru ini, penulis balik kampung di Sik, Kedah. Banyak pengalaman baru yang penulis dapat sebab banyak perkara terjadi.

Beberapa hari sebelum balik kampung, penulis membeli tiket balik di Kompleks Perdana Siswa, UM. Tempat turun di Alor Star, naik di Pudu Raya pada pukul 11 malam, 18 Ogos. Apa yang terjadi, penulis terlepas bas dan terpaksa tidur di Pudu malam tersebut.

Bila difikirkan balik, kenapa penulis seorang yang tertinggal bas? Dah tu, kena marah oleh kakitangan bas tu pula. Walhal, penulis sampai di Pudu pukul 10.50 malam (lebih kurang)dan terus menunggu bas di platform 9 (platform sepatutnya). Apa yang ada dalam fikiran penulis, mesti bas syarikat ni pun lewat sampai sebab hampir semua bas di Pudu tiba lewat. Jadi, penulis ambil peluang ni untuk melihat bas-bas di platform sebelah..

Apabila sudah hampir pukul 12 tengah malam, penulis pergi ke kaunter pertanyaan bertanyakan mengenai bas yang belum tiba (pada hemat penulis). Jawapan yang diberikan sangat mengejutkan. "Bas ke Alor Star dah berlepas pukul 11 tadi. Kalau bas tak sampai, mesti 33 orang yang beli tiket tu datang serbu kaunter ni. Awak yang tak naik."

Alamak, nak buat macam mana ni? Bas terlepas. Tapi penulis ada alasan sendiri. Penulis tunggu di platform 9 sebelum pukul 11 lagi. Lagipun, penulis sedar, tak banyak orang yang sedang tunggu bas di situ. Hanya 7 atau 8 orang saja. Penulis juga tengok setiap bas yang berhenti dan tak nampak bas yang akan ke Alor Star. Jadi, apakah alasan yang munasabah? Penulis pun tak tahu..

Bila terlepas bas, mulanya penulis cadang untuk balik kolej. Tapi ayah penulis dah belikan tiket balik KL dan penulis perlu balik untuk ambil sedikit barang. Kalau balik kolej, tak tahu bila lagi penulis dapat datang ke Pudu untuk beli tiket. Lagipun sudah tengah malam. Perkhidmatan LRT dah berhenti pukul 11 tadi dan gate kolej sudah tutup kalau nak suruh kawan penulis ambil. Jadi? Jalan mudah, penulis bermalam di Pudu. Langkah seterusnya akan difikirkan esok.

Penulis tidur dengan meletakkan kasut dan sweater di bawah dan di atas kepala. Dengan beralaskan beg yang berisi pakaian, penulis tidur dan bangun pada pukul 7 pagi esok (19 Ogos). Terkejut dengan kecurian kasut hitam penulis dan sweater falak, penulis hanya mampu duduk diam di tempat penulis tidur dan berfikir. Apa yang penulis perlu buat sekarang?

Penulis terpaksa tunggu di tempat tidur itu sehingga pukul 9 pagi (lebih kurang) untuk membeli kasut selipar yang berharga RM10. Ayah penulis memasukkan RM50 ke dalam akaun Bank Islam agar penulis dapat membeli tiket baru dan pulang pada hati itu juga. Penulis balik ke Kedah dengan menaiki bas pada pukul 12.30 tengah hari (itupun datang lambat). Dikira sejak semalam, hampir 14 jam penulis di Pudu menghabiskan masa.

Sememangnya pengalaman ini mengajar banyak perkara. Antaranya, jangan leka ketika menunggu bas, berjaga-jaga di Pudu apatalagi jika anda terpaksa bermalam di sana dan jaga barang anda dengan berhati-hati walau di mana jua anda berada.

Penulis kehilangan lebih RM100 di Pudu pada malam itu. Sweater falak berharga RM57, ditambah dengan kasut hitam bertutup (lebih kurang RM20-penulis kurang ingat) dan tiket yang hangus akibat kecuaian penulis yang berharga RM30..

Bersabar dan redha dengan musibah yang menimpa, jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran pada masa akan datang, itulah sikap penulis.

0 comments

Post a Comment

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile