Esok tanggal 3 April 2009 merupakan lawatan 2 buah sekolah Kedah ke Universiti Malaya. Penulis dah tahu tentang lawatan sambil belajar pelajar MMAS dan Program Motivasi 2009 SMK Tun Syarifah Rodziah sejak pertengahan bulan Mac lagi.
Lawatan sambil belajar
Penulis diberitahu oleh seorang rakan dari sekolah yang sama, Naimah mengenai lawatan ini. Tapi disebabkan hal tertentu, lawatan itu ditangguhkan seminggu. Ramai kawan-kawan yang ex-schoolmate yang akan tolong mengendalikan lawatan.
Mulanya penulis diberitahu bahawa para pelajar dari Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah akan melawat Makmal Fizik Angkasa, Fakulti Sains, tempat peralatan cerapan disimpan. Ingatkan cuma lawatan biasa. Yang pelik, apa yang dapat dipelajari dari tempat yang sempit itu?
Bila penulis membawa Naimah dan seorang lagi bekas pelajar Maktab Mahmud (kawan kepada adik penulis) melawat Makmal Fizik Angkasa (MFA), mereka pun bersetuju; ia bukan makmal biasa yang luas. Cuma ada peralatan asas untuk sebuah makmal. Dan sempit. Bolehkah ia memuatkan kesemua pelajar sekaligus?
Selasa malam Rabu, 31 Mac 2009 - mesyuarat berkaitan lawatan pelajar MMAS ke UM & UIA diadakan. Pukul 8 malam di KPS. Memang penulis tak sangka, ramai kawan yang seangkatan (sama sekolah) tahu mengenai lawatan ini dan lawatan ini sendiri bukan setakat di UM!
Berikut secara ringkas tentatif lawatan itu;
Malam Jumaat-bertolak dari Kedah.
Jumaat (3 April 2009)
7 pagi-sampai di KL.
9 pagi-melawat MFA, Fac Sains.
Tengah hari-melawat KL.
Malam Sabtu-melawat UIA,PJ. Sedikit aktiviti akan diadakan di Dewan UIA PJ. Termasuk memperkenalkan Alumni Maahad yang belajar di UM & UIA.
Penulis kurang ingat tentatif pada hari Sabtu. Yang pasti, jumlah pelajar lebih kurang 80 orang dan dari Kelab Astronomi. Patut pun nak melawat MFA.
Penulis sendiri cuma belajar selama 2 tahun sahaja di MMAS (tingkatan 4 & 5) kerana sebelum itu penulis belajar di Maktab Mahmud Yan (MMY).
Program Motivasi 2009
Tempat ; Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, UM
Tarikh ; 3-5 April 2009
Pelajar ; 73 pelajar wanita dari SMK Tun Syarifah Rodziah, Alor Setar, Kedah.
Fasilitator ; 20 (lelaki & perempuan)
Penulis diberitahu oleh pembantu penyelia kolej, Abang Fairul mengenai program ini seminggu sebelum Malam Gemilang Sepuluh (MGS) Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi. Program ini mulanya diberitahu bakal berlangsung seminggu selepas MGS. Jadi penulis ditugaskan mencari seramai mungkin fasilitator bagi 60 orang peserta.
Namun, semester yang semakin hampir ke penghujung dan bebanan assigment yang banyak membuatkan misi mencari fasi seminima 10 orang menjadi sangat sukar. Hanya 5 lelaki & 5 perempuan diperlukan!
Selepas MGS, baru penulis tahu, program itu akan diadakan pada 3-5 April 2009, 2 minggu selepas MGS. Nampaknya masih sempat menambah senarai nama fasi.
Setelah berhempas pulas, akhirnya penulis dan Alan dapat mencukupkan senarai nama fasi kepada 20 orang, lelaki & perempuan.
Tentatif program ini pula;
Malam Jumaat-bertolak dari Kedah. 2 buah bas sekolah dengan 4 pemandu.
Pagi Jumaat (3 April 2009)
5 pagi-sampai di KKTAZ. Berehat, solat Subuh dan pendaftaran.
8 pagi-melawat UM;Muzium Seni Asia, perpustakaan utama, KPS, DTC dan beberapa buah fakulti.
Lepas Jumaat-ice breaking. Bermulanya program secara langsung dengan aktiviti seperti LDK, explorace dan lain-lain.
Pagi Ahad (5 April 2009)-majlis penutup. Bertolak pulang ke Kedah.
Semalam, semua fasi bersetuju bahawa program ini dinamakan semula sebagai Kem Motivasi Menjana Cita. Nama yang bagus (nasib baik bukan cinta)
Secara keseluruhannya, penulis ada mesyuarat pada selasa, rabu dan khamis malam. Latihan silat pada selasa dan khamis malam. Amat pening, ditambah dengan assigment yang belum siap..Banyak kerja menanti.
Ahad, 5 April 2009
Penulis sedikit kecewa sebab tak dapat mengikuti Program Motivasi 2009 sehingga habis atau menolong kawan-kawan seangkatan menguruskan lawatan sambil belajar dari MMAS. Pada hari ahad, 5 April 2009 penulis terpaksa menyertai Hari Keluarga Jabatan Fiqh Usul (JFU), Akademi Pengajian Islam. Di Sungai Tua, Gombak.
Penulis cuma dapat menguruskan lawatan sambil belajar dari MMAS ketika di MFA pada pagi Jumaat kerana ia merupakan tanggungjawab penulis sebagai seorang alumni MMAS. Tapi untuk Program Motivasi 2009, penulis dapat memberikan sepenuh komitmen mulai lepas Jummat sehingga malam Sabtu. Pada pagi Ahad, Hari Keluarga JFU.
Selamat datang Jumaat, 3 April 2009!