Mari Menabung!
Posted by Xunpheriz in kebebasan kewangan, Kewangan, Simpan
Kita dah tahu, simpan 10% dari pendapatan bulanan. Tapi kadang-kadang sukar menyimpan, dikorek semula yang telah disimpan. Bagaimana nak menyimpan? Tabung kecemasan pun sikit, simpanan makin berkurangan.
Saya ingin berkongsi cara mudah menyimpan wang.
Antaranya ialah :
1. Sehari RM3
2. GST ke atas perbelanjaan setiap hari sebanyak 10%
3. Simpanan harian; setiap not RM1.
4. Simpanan mingguan; 1 not RM5.
5. Simpanan 4 minggu; 1 not RM10.
Setiap hari diwajibkan menyimpan RM3. Setahun sudah menjadi RM1095.
10% dari jumlah perbelanjaan harian dimasukkan ke dalam tabung simpanan. Makin banyak berbelanja, makin banyak simpanan.
Sekurang-kurangnya sekeping not RM1 sehari. Jika membeli barang berharga RM2, bagi not RM5 @ RM10. Baki; sama ada RM3 @ RM8, berapa keping pun not RM1, masukkan ia ke dalam tabung simpanan. Setahun sudah mempunyai RM365, menyamai bilangan hari dalam setahun.
Setiap minggu, simpan RM5. Setahun @ 52 minggu sudah berjumlah RM260.
Manakala 4 minggu sekali, simpan RM10. 52 minggu @ 13 minggu, sudah menjadikan RM10 kepada RM130. Saya tidak letakkan RM10 untuk 1 bulan. Ia merugikan. Walaupun setahun mempunyai 12 bulan, namun bukan 48 minggu tetapi 52 minggu. Kita akan rugi 4 minggu untuk simpanan.
Dicampur semua; RM1095 + RM365 + RM260 + RM130 = RM1850, untuk setahun. Jumlah yang banyak. Tak sukar untuk menyimpan, bukan?