Kebebasan Kewangan
Posted by Xunpheriz in bebas hutang, hutang buruk, kad kredit, kebebasan kewangan, pinjaman
Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan?
Bagi saya, ia bermaksud kita tidak mempunyai hutang yang buruk, mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk kecemasan dan persediaan untuk masa depan.
Agak mustahil untuk bebas hutang sepenuhnya, kecuali bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan selalu membayar hutang tersebut tanpa henti. Bayangkan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan sahaja memerlukan masa berbelas tahun untuk dilunaskan.
Dengan harga rumah dan tanah yang tinggi sekarang, pinjaman perumahan yang diambil oleh seseorang graduan yang baru bekerja, hanya akan habis dilangsaikan selepas 10-20 tahun. Manakala bagi harga kereta yang agak tinggi dan keinginan untuk membeli kereta import (yang selalu dipandang lebih berkualiti dari buatan tempatan), pinjaman kenderaan akan turut tinggi.
Jadi bagi saya, cukuplah sekadar tidak mempunyai hutang yang buruk.
Berhutang untuk membeli rumah dan kereta adalah hutang untuk keperluan, walaupun ia tidak menambahkan aset kita. Tetapi jika boleh, berhutang dengan tempoh pinjaman yang pendek dan bayaran bulanan yang rendah, agar kita tidak perlu membayar faedah pinjaman yang tinggi.
Antara hutang yang buruk ialah, hutang kad kredit. Kenapa ia dikatakan hutang buruk (bad debt)? Sebabnya, ia mampu beranak. Haha.. Hutang ini mampu berganda dengan kadar faedah yang tinggi, iaitu 18% setahun.
p.s: bagaimana nak hapuskan hutang buruk?..