9 adab-adab ketika berpuasa  

Posted by Xunpheriz in

Sesetengah daripada adab-adab yang baik bagi menambahkan kesempurnaan dan pahala puasa ialah:

1. Jangan banyak berludah.
2. Jangan membuang masa dengan berbual kosong, main terup, main dam dan sebagainya.
3. Menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
4. Menjauhkan diri daripada sebarang pendengaran yang haram.
5. Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut atau kotor.
6. Menjaga tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki daripada berjalan ke tempat maksiat.
7. Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka puasa.
8. Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
9. Jangan banyak tidur, terutamanya waktu siang hari.

Dipetik dari www.jais.net.my/ramadhan/main.php

Perniagaan Ummatan Wasatha  

Posted by Xunpheriz in

Dalam surah Al-Baqarah, Allah menggelar umat kita sebagai ummatan
wasatha. Yang bermaksud yang Terbaik. Wasatha juga bermaksud Adil
seperti disebut dalam al-Asas fit Tafsir.

Ummatan Wasatha = Terbaik + Adil

"Sekiranya konsep ini dipegang dalam perniagaan, perniagaan kita
perlulah perniagaan yang terbaik dan adil. Keuntungan yang kita
dapat juga adalah yang terbaik dan adil. Usaha yang kita lakukan
juga perlu yang terbaik dan adil."

Bila dalam perniagaan, bila usaha kita terbaik, produk kita
terbaik, dan perniagaan kita keseluruhan adalah terbaik, memang
tiada sebab kita tak boleh dapat untung yang terbaik- sehingga
boleh digelar jutawan.

* Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlu dapatkan untung yang
terbaik. Bukanlah untung yang sikit.

* Sebaiknya jadi jutawan atau billionaire, dan bukannya sekadar
"bisnes cukup-cukup makan" atau ramai selalu sebut "boleh la...
surviving!"

* Sebaiknya perniagaan terus berkembang dan maju, dan bukan di
takuk lama seperti 5-10 tahun yang lalu. Atau 5-10 hari yang lepas.

Itulah dianya perniagaan konsep ummatan wasatha. Terbaik dan adil.

Bagaimana caranya? Jawapannya dalam surah Al-Imran yang menyebut
tentang golongan ulul albab. Iaitu golongan yang...

berakal + berilmu + berfikir.

-IK

Pertandingan Water Rocket di UM  

Posted by Xunpheriz in

24hb Ogos hingga 26hb Ogos yang lalu berlangsungnya pertandingan water rocket bertempat di Padang Varsiti, UM. Pertandingan ini antara sekolah menengah di seluruh negara dengan setiap negeri diwakili oleh 2 buah sekolah yang menang peringkat negeri masing-masing.

Setiap tahun pertandingan ini akan diadakan untuk mencungkil bakat dalam sains & teknologi sejak peringkat sekolah lagi bagi para peserta. Ada 2 kategori yang dipertandingkan iaitu water rocket/launching & parachute.

Bagi kategori water rocket, para peserta mesti membuat 1 roket dari bahan yang diberikan dan dibenarkan untuk melihat sejauh mana roket tu boleh pergi atau target yang disediakan.

Untuk kategori parachute, masa akan diambil untuk menghitung berapa lama parachute tu boleh berada di udara. Terpulang kepada nasib, kalau ada angin mungkin ia boleh terbang lebih lama.

Semasa penulis 1st year dulu, pertandingan ini diadakan pada cuti mid term. lebih seronok & happy. Tahun lepas penulis tak join sebab diadakan pada minggu kuliah. Penulis tak nak korbankan kuliah. Masuk tahun ni, penulis sanggup korbankan masa kuliah kerana tahun ni final year. Lagipun penulis nakkan baju yang lawa 2..

Hari pertama, penulis cuma bertugas sebagai water boy, hantar air kepada sukarelawan yang bertugas di padang. Kerja yang lapang sekaligus memboringkan:)..Petang hari yang sama, penulis sebagai ...(nak panggil ape ek?). Penulis mengetuai barisan penjaga padang untuk parachute, memastikan persiapan yang sempurna sebelum dilancarkan. Hari kedua tiada tugas yang boleh dilakukan sebab dah diselesaikan pada hari pertama..mm..

Pertandingan ini anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dengan kerjasama MOSTI (Kementerian Sains & Teknologi) & UM. Memang 1 pengalaman yang menyeronokkan. Juga menambah koleksi sijil penulis.

Ciri-ciri hadis maudhu'  

Posted by Xunpheriz in

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

2. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Hadis palsu kelebihan tarawikh  

Posted by Xunpheriz in

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, diari Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai ke malam yang ketiga puluh.

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih
dan kedudukannya dalam sunnah.

Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya:

Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan ke atas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam.

Seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.

Firman Allah bermaksud:
Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:

Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.

Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.


Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab:
Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang
. (Al-Muddatsir).

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Singa Yang Baik  

Posted by Xunpheriz in

Pada suatu hari seorang pemburu sedang berburu di dalam hutan. Di tengah jalan, dia bertemu dengan seekor singa yang ganas. Dalam ketakutan, dia pun berdoa kepada Tuhan.

Ketika dia mengintai melalui celah matanya, dia melihat bahawa si singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu : Ah, singa yang baik! Selamatlah aku dari menjadi mangsanya!
Singa : Ya, dan singa yang baik juga akan berdoa sebelum makan.

Di manakah kedudukan puasa kita?  

Posted by Xunpheriz in

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin menyebut:“Puasa ada tiga kedudukan:

1. Puasa al-umum,
2. Puasa al-Khusus dan
3. Puasa khusus al-khusus.

Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat.

Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa.

Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total.

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Selamat Menyambut Ramadhan 1429  

Posted by Xunpheriz in


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Enam cara capai kesempurnaan Ramadan  

Posted by Xunpheriz in

IMAM Al-Ghazali dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin menghuraikan enam cara mencapai kesempurnaan puasa di kalangan orang beriman dan bertaqwa, iaitu:

1. Menahan pandangan daripada segala kecelaan termasuk melakukan perkara makruh serta mengelak daripada kelalaian mengingati dan mengerjakan suruhan Allah.

2. Menjaga lidah daripada bercakap sesuatu yang sia-sia seperti berdusta, mengumpat dan mencarut, sebaliknya memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.

3. Menjaga pendengaran daripada mendengar kata-kata tidak baik kerana setiap yang haram diucapkan haram juga mendengarnya. Satu hadis Rasulullah s.a.w menjelaskan yang mengumpat dan yang mendengar turut terikat dalam dosa.

4. Mencegah anggota tubuh lain seperti kaki dan tangan melakukan maksiat dan perkara mungkar selain mengelak memakan makanan subahat dan haram.

5. Tidak berlebih-lebihan menikmati makanan ketika berbuka kerana tindakan itu mengurangkan hikmah puasa.

6. Membersihkan hati dan meminta keredaan Allah agar puasa kita diterima dan mutu puasa dapat ditingkatkan lagi.

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile

Labels

Affiliate (2) al-Mubarak (1) autoresponder (1) awal (1) Baca dan Menang (1) bebas hutang (1) belanja (1) beli (1) Berita Semasa (3) blaster (1) Blog (14) Diari (1) E-book (2) E-mail (1) ebiz (1) email (1) ESQ (3) Falak (2) GDI (1) Gigi (1) Google (1) GST (1) hutang buruk (1) Ilmu (1) IM (1) jana wang (1) Jenaka (1) jimat (2) kad kredit (3) KCLau (1) ke-2 (1) kebebasan kewangan (3) kecemasan (1) Kesihatan (1) Kewangan (4) KWSP (1) lindungi wang (2) Link (2) Love (1) Malaysian (1) Merdeka (1) Motivation (4) Mutiara Kata (2) My Business (14) My Life (16) My Study (5) NCD (1) Newbie (1) pasif (1) Pelaburan (2) pendapatan (1) penghujung (1) perbelanjaan (1) pertengahan (1) pinjaman (2) PPL (2) PTC (2) PTS (1) Ramadhan (7) Simpan (4) Simpan Challenge 2009 (3) spam (1) subscriber (1) Syawal (1) Tazkirah (4) tip kewangan (1) Trackback (1) Traffic (1) Twitter (3) World (1)