Baca dan Menang!  

Posted by Xunpheriz in , ,

1 peraduan telah dianjurkan, sebagai galakan para pelajar dan remaja untuk menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama semasa musim cuti sekolah.

Peraduan yang julung-julung kali dianjurkan oleh PTS ini bakal menjadi acara tahunan setiap kali tibanya musim cuti sekolah hujung tahun. Peraduan ini bakal berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010.

Penyertaan terbuka kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah, juga kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini sekaligus bermakna, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini!

Pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM70 ribu menanti para pemenang.

Terdapat hadiah utama yang berupa barangan elektronik berserta set perpustakaan mini bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000. Malah, para pemenang boleh memilih sendiri buku apa yang mereka suka daripada beratus-ratus judul buku terbitan PTS.

Hadiah mingguan khusus kepada sekolah yang menang penyertaan pelajar sekolah paling ramai setiap minggu turut disediakan. Hadiahnya yang berupa buku PTS bernilai RM3,000, bolehlah dijadikan untuk tambahan koleksi buku di perpustakaan sekolah buat bacaan para pelajar.

Syarat untuk menyertai peraduan ini cukup mudah. Anda cuma perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dan anda sudah layak menyertai peraduan ini. Dapatkan borang peraduan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul, tulis slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.

Selepas itu, apa lagi…masukkan borang peraduan ke dalam kotak yang disediakan di kedai buku ataupun hantar terus borang peraduan kepada PTS. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal sebagai bukti pembelian.

Oh ya, anda juga boleh membeli buku secara online di Book Cafe. Kemudian, lakukan langkah yang berikut seperti diberitahu di sini.

Untuk menyertai peraduan ini, anda boleh klik di banner sebelah kiri artikel ini.

Selamat menyertai! Semoga anda berpeluang menang.

Tip Simpan Challenge 2009: Hari Bebas Belanja!  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Hari ni tak tau nak update blog kewangan ni pasal pa. Kehabisan idea. Untuk artikel kali ni, saya nak ulas mengenai tip dan strategi yang diberikan dalam Simpan Challenge 2009.

Salah satu tip menarik yang ingin saya kongsi ialah jangan belanja bagi 1 hari dalam seminggu. Anda catat perbelanjaan keluarga dalam seminggu, iaitu tiap-tiap hari. Kemudian tambah kesemua belanja tersebut dan bahagikan dengan 7 untuk 7 hari dalam seminggu.

Hasilnya, anda akan mendapat purata belanja harian anda. Kemudian, tetapkan 1 hari setiap minggu sebagai hari tidak boleh belanja.

Belanja purata harian yang sepatutnya anda belanjakan pada hari tersebut, anda simpan. Dan ulang tip ini tiap minggu, senang kata rutin mingguan. Sekaligus anda dapat menjimatkan wang + menyimpan wang hampir RM100 setiap bulan.

Oh ya, kalau tak belanja, bagaimana dengan belanja untuk hari tersebut? Jawapannya; cuba dahulukan belanja hari tersebut kepada hari sebelumnya. Makan di rumah, jangan makan angin pada hari tersebut dan lebihkan kepada aktiviti kekeluargaan.

Jimat duit, dapat menyimpan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. 3 kelebihan dengan 1 tip. Hebat kan?

Hanya dengan jadikan 1 hari dalam seminggu sebagai Hari Bebas Belanja!

p.s;Tip dan strategi dalam Simpan Challenge 2009 lebih banyak dan sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga. Tapi, tak salah untuk cuba amalkannya, walaupun anda/kita/saya masih bujang, bukan?

Sertai Simpan Challenge 2009 sekarang!  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Sesiapa yang ingin mencabar diri sendiri untuk menyimpan lebih banyak, saya sarankan untuk menyertai Simpan Challenge 2009. Ia adalah satu kempen menggalakkan budaya menyimpan di kalangan rakyat Malaysia. Peserta kempen ini akan mendapat tip dan strategi menyimpan yang mudah dan praktikal.

Misinya cukup mudah; memberi tip dan strategi menyimpan kepada anda setiap hari supaya anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari! Ya, RM1,000 dalam masa 30 hari; 1hb November 2009 sehingga 30hb November 2009.

Sekali tengok, misi yang tidak logik; menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari. Sedangkan dengan harga barang dan makanan yang semakin tinggi, sekadar beberapa ratus ringgit untuk disimpan setiap bulan sudah memeningkan kepala.

Apa sekalipun, tidak salah mencuba kerana yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM10. Mungkin anda tertanya; mengapa dikenakan bayaran/yuran pula?

Kerana perkara percuma selalunya tak dihargai. Ia umpama komitmen anda untuk membuka email bagi mendapatkan tip dan strategi menyimpan yang telah dihantar ke email anda.

Jika tiada bayaran, peserta tidak akan komited untuk membuka email setiap hari dan mengikuti tip dan strategi menyimpan yang disarankan.

Malah, saya sendiri menyertai kempen walaupun saya masih belajar dan belum bekerja, untuk mendapatkan tip dan strategi menyimpan yang dapat digunakan kelak.

Jika anda tidak dapat menyimpan walaupun RM10 sepanjang 30 hari tersebut, RM10 akan dikembalikan semula.

Tapi, takkan ianya sangat susah untuk menyimpan sekadar RM10 dalam masa 30 hari? Saya sendiri dapat menyimpan RM30 untuk 30 hari, menggunakan tip saya sendiri. Jika anda yang sudah bekerja, pasti lebih mudah bukan?

Sertai Simpan Challenge 2009 sekarang! Klik sini!
Selamat menyimpan!

Permulaan yang keliru..  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Saya tidak ingat bagaimana saya mengenali perniagaan internet. Bagaimana saya gila mendownload ebook (buku elektronik) percuma hingga memenuhi thumbdrive saya dengan ebook yang masih belum dibaca melebihi 80%. Bagaimana saya bersemangat untuk mencontohi kejayaan usahawan internet tempatan dan luar negara yang berjaya mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan.

Tapi setiap kali membaca newsletter dari internet marketer tempatan mengenai produk mereka yang hangat terjual, bagaimana mereka ingin membantu pelanggan mereka untuk turut menjana pendapatan dari internet seperti mereka; saya hanya membaca sambil tersenyum sendirian.

Mengapa?

Sebab saya tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri untuk membeli produk-produk tersebut, juga sebuah laptop atau komputer untuk membaca, jauh lagi mengaplikasikan apa yang terdapat dalam ebook yang dibeli kelak.

Sehingga sekarang, saya hanya mampu berharap untuk mempunyai satu pendapatan pasif dari internet. Tapi permulaan ke arah tersebut seolah-olah masih samar. Tiada kepastian. Mungkin saya hanya perlu merancang ke arah tersebut dan bersiap sedia untuk berlari jika masanya telah tiba.

Jika sekarang saya merangkak, saya berharap dapat berlari pada masa depan. Yang penting, saya tidak berputus asa, walaupun langkah saya masih perlahan dan kejayaan yang diimpikan masih jauh!

Usaha yang akan saya usahakan sekarang ialah;

1. Membaca ebook percuma/berbayar yang saya miliki.
2. Mencari sumber kewangan tersendiri agar dapat membeli sebuah laptop/pc.
3. Membaca artikel usahawan internet tempatan dan luar negara untuk meningkatkan ilmu mengenai blogging dan internet.
4. Mencari niche tersendiri dan fokus hanya pada niche tersebut pada 1 masa sehingga saya menjadi pakar.

p.s; Jangan pernah berputus asa jika sudah bermula. Mungkin pintu kejayaan sudah berada di depan kita tanpa kita sedari. Acapkali seseorang itu berhenti apabila kejayaan hanya beberapa langkah lagi di depannya.

Mengapa saya memilih perniagaan ini?  

Posted by Xunpheriz in ,

Terdapat beberapa sebab mengapa saya memilih perniagaan ini. Antaranya ialah:

1) Yuran bulanan yang murah. Ia berlainan dengan perniagaan lain yang memerlukan yuran atau modal yang tinggi.

2) Berpeluang mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Hanya mengikut langkah-langkah tertentu, keuntungan yang bakal dijana adalah mengatasi modal yang dikeluarkan.

3) Keuntungan tetap. Keuntungan yang dijana adalah menghampiri garis tetap, iaitu secara berkala atau bulanan. Maintain kata orang.

4) Mudah dijalankan. Hanya menggunakan internet, ia memudahkan kerja kita. Pasif tetapi income tetap masuk.

5) Risiko yang rendah. Berbanding perniagaan lain yang berisiko tinggi, risiko bagi perniagaan ini tidak setinggi perniagaan lain.

6) Antarabangsa. Ia melangkaui sempadan negara, sekaligus meningkatkan lagi peluang keuntungan dan meminimakan risiko kerugian.

7) Method pembayaran dan penerimaan bonus yang mudah. Hanya menggunakan kad debit/kredit atau PayPal, saya dapat menjana income yang berterusan.

Bagi saya sendiri, sudah lama saya mengetahui mengenai peluang ini. Tapi kekurangan wang dan keraguan mengenainya kerana baru mendengarnya, saya abaikan peluang ini seketika.

Namun, ia hadir semula apabila seorang otai IM tempatan menghebahkannya melalui namanya. Promosi yang dilakukan meyakinkan saya bahawa masanya telah tiba untuk saya mengambil serius peluang ini. Justeru, saya telah menyertainya!

Siapakah otai IM tersebut?
Apakah perniagaan yang saya maksudkan?

Untuk ketahuinya, klik sini.

Beri masa kepada diri anda sendiri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang ini. Jangan abaikan ia kerana ia mungkin tidak akan hadir lagi selepas ini!

Telur Ayam Palsu dari China???  

Posted by Xunpheriz in , ,

Semua orang tahu, China terkenal dengan produk-produk yang berjaya dipalsukan oleh mereka. Terbaru berita harian, telur ayam berjaya dipalsukan mereka. Pihak berkuasa telah berjaya menyita sebahagian besar telur ayam palsu di gedung pasaraya kota Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong, China. Harganya pula murah, mestilah ramai yang terpedaya dan terus membelinya. Manakan tidak, sebiji telur ayam palsu dijual serendah 0.15 yuan bersamaan RM0.074 iaitu separuh daripada harga sebenar.

Di sana, kalau hendak belajar membuat telur ayam palsu ada caranya. Masuk kursus. Kurusus cara-cara membuat telur ayam palsu diadakan selama 3 hari dengan bayaran serendah 30 yuan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk belajar dan memulakan bisnes haram lagi menipu ini.

Berbagai macam bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan bahkan tawas, yang biasanya digunakan untuk membuat telaur ayam palsu ini. Untuk kuning telur itu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida. Ini membolehkan ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. Telur kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan. Shell tidak dilupakan.

Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering. Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelmbung muncul pada telur putih. Tetapi para ahli memperingatkan akan bahaya makan telur palsu kerana tidak mengandungi sebarang nutrisi. Seorang profesor Universiti China dari Hong Kong memperingatkan pengguna telur ayam palsu boleh mengalami demensia.

p.s; artikel ini dipetik dari Berita Semasa.

PTC: berbaloi atau tidak?  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Tanpa saya sedari, saya sendiri telah menyertai satu website dan klik ads/iklan yang disediakan. 1 hari dapat klik 4 iklan je. Bila dah habis klik, saya akan tengok akaun saya dari hasil klik setiap hari. "Bila la boleh cash out ni?", gumam saya sendirian..

Rupanya website tersebut termasuk dalam PTC, iaitu ringkasan bagi Paid To Click. Konsepnya mudah; anda dibayar untuk klik. Maksudnya, setiap klik menghasilkan nilai/upah/komisyen tertentu, mengikut tahap keahlian/membership anda dalam website tersebut. Selalunya berbeza bagi setiap website PTC.

Terdetik di hati saya untuk mencari laman web PTC lebih banyak agar dapat menjana lebih banyak duit di internet. Bila jumpa ngan pak cik Google (taip keyword "PTC website" di Google), saya terjumpa beberapa blog berkenaan PTC.

Ada 2 blog berkenaan PTC yang menyenaraikan PTC yang mereka sertai serta bukti pembayaran yang mereka terima. Ia salah satu promosi yang bagus untuk mencari referral (orang bawah).

Kemudiannya, saya terjumpa 1 blog yang betul-betul bermaklumat kerana menyenaraikan beberapa PTC scam (penipu), ciri-ciri PTC yang tulen dan lain-lain. Lagi best, ada ebook percuma berkaitan PTC..Blog tersebut kepunyaan seorang IM Melayu manakala 2 blog sebelum itu kepunyaan Cina (mungkin?)

Kebetulan pulak, hasil dari menyertai thread berkaitan PTC di forum WangCyber (sekadar menyampuk + nak popularkan diri), seorang forumer dari WangCyber meminta pendapat berkaitan satu website PTC yang agak baru (agak jer-Melayu), saya tak dapat menjawab soalan tersebut kerana masih baru dalam arena PTC ni + baru tau pasal website PTC yang ditanya.

So, saya suruh dia rujuk kepada tuan blog tu + tanya pasal websitu dan bagitau saya bila dah ada jawapan.

Tak sempat nak ulas pasal tajuk ni sebab pendahuluan pun dah panjang. Nanti la..

p.s; Nak ulas pasal PTC ni- ciri2, camna nak untung dll..

Rutin seorang blogger..  

Posted by Xunpheriz in , ,

Apa ye rutin atau tugasan tetap seorang blogger?

Jawapan bagi soalan tadi tidak tetap atau bukan hanya satu jawapan yang tepat.

Terpulang kepada setiap blogger. Yang pasti, ia berkait dengan persoalan "mengapa saya berblog?"

Kalau soalan tu ditanya kepada saya, jawapannya ada 3 (digabungkan) iaitu:

1. membina blog dan menulis artikel
2. template yang sesuai
3. mencari trafik

Pertama sekali, membina blog. Sama ada blog percuma seperti blogspot, blogdrive atau wordpress. Kemudian, menulis artikel, kerana blog itu hidup kerana artikel nya. Kalau blog yang kosong, umpama badan tanpa roh. Mati atau seperti mayat!

Yang kedua ialah membina, mengupload theme/template yang sesuai dengan niche/pengkhususan blog yang dibina. Kalau blog mengenai bisnes, ia xkan sesuai dengan theme warna merah susu. Warna ini lebih sesuai untuk blog peribadi.

Yang terakhir (bagi saya) ialah mencari trafik. Kata mudahnya, pelawat untuk membaca artikel yang ditulis. Ia menjadi lebih penting untuk blog berkaitan niche buat duit dan bisnes. Berlainan pula dengan blog peribadi kerana anda menulis sekadar untuk berkongsi cerita hidup anda dengan kawan-kawan anda..

I'm a blogger?  

Posted by Xunpheriz in , ,

Walaupun minggu ni saya busy ngan assignment dan tutorial dari lecturer, hati saya meronta untuk melayari internet. Yang paling utama, menulis artikel walaupun tidak berkaitan dengan apa yang saya ingin sampaikan..

Mungkin dah sampai masa untuk jadi seorang blogger?

Bila saya masuk forum internet marketer di wangcyber, saya tertarik dengan thread berkenaan menarik trafik ke sebuah blog. Yang tercabar nya ialah blog tersebut ialah blogspot jer! Bila saya tengok/intai/ngintip blog tu, perghh! Lawa!

Sesuai ngan biz. Pandai puan punya blog (wanita) cari theme/template yang cantik..Tahniah!

Tambah pulak, bila saya sendiri meminta pendapat berkenaan blog falak yang akan saya bina (bukan sekarang) ada cadangan dari sorang IM untuk sekadar menggunakan blogspot dengan theme yang cantik..mm..

Dalam cadangan & impian saya, saya nak bina 5 blog berkaitan kehidupan saya, falak, bisnes, tips blog dan anime. Tapi mungkin betul jugak pandangan IM tu..cari theme yang cun!

X kisah jadi blogger ke x nanti, tapi perlu konsisten dan tidak mudah lemah semangat..

ESQ sesat??? Tidak Benar..  

Posted by Xunpheriz in

Pelik saya fikirkan apabila banyak trafik ke blog ini disumbangkan oleh pencarian keyword "ESQ sesat" di Google.

Malah, saya sendiri cuba mencari kedudukan blog ini melalui keyword ini. Hasilnya, blog ini berada di kedudukan ke-5 dalam ranking. Tengok gambar ni;



Saya tak menyokong kenyataan yang mengatakan ESQ sesat. Bahkan, menurut Marhaini Yusoff, Pengurus Besar ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. di dalam blog ESQ tidak sesat, kenyataan di dalam sebuah blog mengenai ESQ yang dikatakan sesat, fatwa yang didakwa dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia, ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI.

Malah, pihak ESQ Trianing Malaysia sendiri telah berjumpa dengan JAKIM dan JAKIM mengesahkan ia bukan maklumat dari JAKIM.

Saya sendiri cuba berkunjung ke blog tersebut, malangnya blog tersebut telah 'mati', 'dihapuskan' atau TIADA.

Mengapa berani membaling batu tanpa menunjukkan muka? Jangan berani berteriak tapi takut untuk berhujah..

Minggu yang sibuk!  

Posted by Xunpheriz in , ,

Ketika post ni ditulis, ada 6 assignment sedang menanti untuk disiapkan. 4 assignment untuk diperbaiki, 1 assignment hujung semester dan 1 lagi baru diterima tadi.

Memang kerjaya sebagai pelajar memenatkan bagi saya, kerana bergelumang dengan buku yang penuh dengan teori, tanpa dibuktikan ianya benar apatah lagi digunakan dalam kehidupan seharian.

Kadang kala apa yang dipelajari tiada kaitan langsung dengan kehidupan kita, membuatkan kita terfikir, "mengapakah kita belajar semua ini?"

Tidak dinafikan ilmu sangat penting dalam meneruskan hidup ini, tetapi jika bidang yang kita dalami tidak dapat kita praktikkan ketika kerja, atau kerja yang kita jawat sekarang tiada kaitan dengan bidang pengkhususan kita?

Sebenarnya, masa sekarang saya sepatutnya sudah bekerja, menjana duit dan mengamalkan apa yang saya pelajari sebelum ini. Tapi, kerana jam kredit yang tidak dapat dihabiskan dalam jangka masa 3 tahun, saya telah mengamalkan 'pembelajaran berterusan'. 1 usaha yang murni, kan?

Saya terpaksa kurangkan masa online sementara ini. Untuk menumpukan masa menyiapkan assignment=)

Nikmatilah masa sekarang! Bila dah kerja, bukan lagi bergelar seorang pelajar.. Masa tu, masa untuk memegang duit sendiri..

Pemeriksaan Gigi  

Posted by Xunpheriz in , ,

Berkunjung ke Ekspo Perubatan Islam '09 (EPISMA '09) yang berlangsung pada awal Ogos 2009 di Padang Varsiti, Universiti Malaya telah membuka lembaran baru dalam kehidupan saya.

Sekadar ingin tahu; menimbang berat badan, memeriksa kesihatan gigi dan segala-galanya berkaitan kesihatan fizikal, saya bertemu janji dengan pelajar Fakulti Perubatan UM untuk pemeriksaan gigi secara berkala kemudiannya.

Pemeriksaan pertama yang dilakukan pada awal bulan Ramadhan, memaksa saya mencari Fakulti Pergigian yang diketahui dan diyakini wujud di UM, namun lokasinya tak diketahui. Sebenarnya, memang sengaja saya bersetuju dengan pelawaan pelajar fakulti tersebut.

Pelajar perubatan memang diwajibkan membuat amali/praktikal bagi bidang yang mereka pelajari. Praktikal tersebut mesti memerlukan seorang pesakit, dengan seliaan seorang doktor bertauliah. So, take the chance and get free medical checkup.

Baru pagi tadi pemeriksaan dilakukan lagi, buat kali ketiga. Sebelum ini, diperiksa tahap kaviti dan plaks bagi gigi dalam mulut ni. Banyak juga rupanya..huhu..

Alhamdulillah, tadi dah buang semua plaks yang ada. Lepas ni kena berus gigi dengan cara yang betul, gunakan flos untuk menyingkirkan sisa makanan di celah-celah gigi dan rajin memberus=)..

p.s; ikut tips penjagaan gigi yang sebetulnya, patut berjumpa dengan doktor gigi paling kurang 6 bulan sekali, untuk mengetahui kesihatan gigi kita..

Trackback  

Posted by Xunpheriz in , ,

Selalunya, apabila anda membaca sesuatu post yang menarik di dalam blog seseorang, anda lebih gemar untuk meninggalkan sedikit komen ringkas terhadap isu yang diutarakan di dalam blog tersebut. Tetapi, jika anda mempunyai komen yang agak panjang untuk isu tersebut, dan merasakan, adalah lebih elok jika anda dapat kongsikan komen itu bersama pembaca blog anda, maka, bolehlah anda tuliskan satu post khas di blog anda mengulas tentang isu yang sama.

Kemudian, anda bolehlah meninggalkan komen yang berbentuk “notification” di dalam blog seseorang tadi, mengatakan, anda ada menulis isu yang sama di blog anda. Dengan itu, bolehlah pembaca-pembaca blog seseorang itu tadi, membaca pula pendapat anda tentang isu tersebut, di blog anda.

Secara asasnya, itulah yang dilakukan oleh trackback. Dengan trackback, proses melakukan “notification” itu akan dilakukan secara automatik.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya buat link di blog anda, kepada post yang menarik di blog seseorang tadi. Dan secara automatik.. satu komen akan dihasilkan di dalam post blog seseorang tadi.

Nota : Anda perlu membuat link kepada post di dalam blog tersebut, BUKANNnya link kepada blog tersebut. Maksudnya, URL link itu perlulah tepat kepada post tersebut. Jika tidak, teknik trackback ini tidak akan menjadi.

Kelebihannya? Selain dapat menarik trafik ke blog anda, ia juga dapat mewujudkan satu hubungan yang mesra diantara anda dengan penulis blog yang anda “trackback” kan.

Selamat mencuba!

p/s:- Trackback adalah merupakan “reciprocal link”, jadi, saya melihatnya sebagai win-win situation..
p/s/s:- saya sedang mencari kegunaan link lain..
p/s/s/s:- baru sekarang saya dapat tahu kegunaan link sebelum menulis sebarang post di blog ini=)..

Artikel ini dari RahsiaBlogger..

Inthulcavero di Google  

Posted by Xunpheriz in , ,

Sekadar cuba mengetahui kedudukan blog ini di Winamp Search dan Google tadi. Taip 'inthulcavero.blogspot.com' di Winamp Search dan Google. Saya tak menjumpai blog ini secara terus. (macam la ada orang tau nama blog ni dan boleh hafal?)

Yang dijumpai ialah link ke blog ini. Link tersebut terdapat dalam komen di blog kawan, website dan pautan ke blog ni.

Memang betul kata usahawan internet; rajin2 lah memberikan komen di blog dan laman web lain. Sertakan bersama link url blog kita. Ia akan menambahkan trafik ke blog kita dan memperbaiki ranking blog kita di search engine.

Pasni nak lagi rajin melawat blog kawan-kawan dan buat komen2 yang bernas!

8 Oktober 2009  

Posted by Xunpheriz in

Peristiwa penting yang berlaku pada hari ni; cermin motor saya hilang! Sebelum ni dah hilang (dicuri) sebelah kiri. Ok la. Yang penting sebelah kanan sebab jalan raya di negara kita di sebelah kiri. Kan?

Sebelum turun ke latihan silat selepas isyak, saya terkejut. Hilang pulak cermin sisi sebelah kanan!

Ya Allah, drive motor pun x selesa sebab x dapat nak tengok belakang. Hati ni jangan kata la. Minta doa bukan dan x sepatutnya. "Moga tangan kedua-dua belah pencuri cermin motor ni kudung @ hilang @ cacat..amin".

Nabi kita pernah bersabda, "doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak" (atau seperti mana yang disabdakan oleh baginda). Jangan mudah sekali menganiaya dan menzalimi orang lain. Takut-takut terkena doa mereka.

Selepas habis latihan silat, seorang kawan baik saya menghulurkan sebuah sampul. Semacam je bentuk sampul tu..huhu..

Rupanya dah sampai seru untuk mendirikan masjid bagi kawan saya ni. Dia orang Terengganu dan akan berkahwin dengan orang negeri yang sama. Alhamdulillah..

oh ya, sebelum terlupa, ingin saya ucapkan tahniah kepada mantan Presiden PMIUM sesi 08/09 yang juga rakan saya, Hafizuddin Abirerah yang baru mendapat cahaya mata sulung, bayi perempuan semalam. Tahniah!

Membuat traffic ke blog anda  

Posted by Xunpheriz in , ,

Ia bukan mencari traffic, tapi membuat trafic..

Sebab? anda menganjurkan comment contest dengan syarat-syarat tertentu..
Syaratnya seperti langgan artikel di blog anda, mengikuti tweet anda di twitter dan menambah komuniti Mybloglog anda. Selepas itu, mesti memberikan komen terhadap artikel di blog anda..

Contest seperti ini memang bagus untuk menambah traffic, kenalan dan mendapat komen yang bernas.

Apa yang saya ulas ini dilakukan oleh BeritaSemasa dengan menganjurkan Contest Jom Komen dan Menang!

Memang satu langkah yang bijak! Nanti saya nak try untuk mencari traffic ke blog saya yang baru dan blog falak (berbayar). Bukan sekarang..

Twitter dan Berita Semasa  

Posted by Xunpheriz in ,

Semalam ada sorang lagi mamat Malaysia nak follow twitter saya. Juz approve. Pastu nak tau gak website dia.

Bila buka, mamat ni buat contest Komen. Menarik!

Saya nak try jugak. Mana tahu ada rezki, jadi pemenang? Hadiah tempat pertama RM100 tuh..

Ni website dia; BeritaSemasa..

Sumbangan Astronomi Kepada Masyarakat  

Posted by Xunpheriz in

Seorang rakan serumah saya memberitahu, ada pertandingan mengarang esei anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Tarikh tutup ialah pada 30 September 2009.

Tema bagi esei ini ialah Sumbangan Astronomi Kepada Masyarakat. Panjang esei antara 2000 sehingga 2500 patah perkataan.



Imej di atas ialah syarat-syarat berkaitan pertandingan mengarang esei tersebut.

Saya ingin mengarang esei berkaitan solat dan kiblat, takwim dan imkanur rukyah serta matematik dalam astronomi. Namun sifat malas yang ada membuatkan saya tak sempat menyiapkan 3 esei tersebut. Hanya 2 esei yang sempat dihantar.

Memang panjang esei tersebut, lebih 2000 patah perkataan. Tapi berbaloi sebab saya menulis apa yang saya faham dan belajar sebelum ini.

Falak Untuk Semua  

Posted by Xunpheriz in ,

Falak atau Astronomi adalah ilmu berkaitan alam semesta, cakerawala dan angkasa. Setiap tamadun sepanjang sejarah kewujudan manusia sejak sekian lama memang menjadikan astronomi sebagai salah satu sumber kemajuan dan pemangkin tamadun itu sendiri, termasuklah tamadun Islam.

Namun, sejak penjajahan Baghdad oleh Hulagu Khan yang memusnahkan imej dan sumber ilmu Islam di kota ilmu itu, astronomi Islam atau Falak jatuh dan hampir sukar untuk bangkit semula. Sejak akhir abad ini sahaja, usaha untuk memajukan dan memartabatkan semula ilmu ini dilakukan lebih gigih.

Pelancaran satelit negara dan angkasawan negara pertama antara bukti usaha ini boleh berjaya walaupun mungkin memakan sedikit masa. Sehingga kini, ilmu falak ini dianggap sebagai ilmu untuk sebahagian orang atau ilmu elit. Namun, di sebalik pengiraan ilmu yang melibatkan matematik seperti trigonometri, ilmu ini melibatkan kehidupan dan ibadat muslim sendiri.

Penentuan arah kiblat menjadi lebih mudah dan diyakini dengan wujudnya trigonometri sfera manakala konsep sinus dan tangen memudahkan pengiraan bagi mengetahui waktu solat di sesebuah tempat, termasuk di Malaysia.

Diharapkan kewujudan sebuah blog falak akan lebih memudahkan pemahaman orang ramai terhadap falak dan seterusnya meningkatkan kemajuan astronomi dalam tamadun Islam serta menguasai astronomi.

Oleh itu, lahirlah sebuah blog peribadi untuk perkongsian semua berkaitan falak-Falak Untuk Semua.

Penjenamaan semula Inthulcavero & Sibungakecil  

Posted by Xunpheriz in , ,

Sepatutnya penulis guna perkataan "penjenamaan" atau "updating" untuk ubahsuai blog ni. Bukan edit. Tersilap guna perkataan=)..

Penulis terfikir, antara penjenamaan semula blog ini, inthulcavero ialah;

1. Hanya membincangkan topik berkaitan falak, motivasi dan bisnes. Sebab penulis mengambil course syariah dan falak di UM serta berminat dengan motivasi kerana selalu menjalankan program motivasi sepanjang bergelar mahasiswa UM. Manakala bisnes juga kerana minat, bisnes offline apatah lagi bisnes online. Blog ini akan menjadi medium peribadi penulis untuk meluahkan pendapat mengenai falak, motivasi dan bisnes. Kata ganti 'penulis' akan digantikan dengan 'saya' supaya lebih mesra dengan pembaca dan pengunjung blog ni.

2. Post yang akan mengulas mengenai website, ebook dan apa-apa jua yang berkaitan dengan falak, motivasi dan bisnes, yang penulis fikirkan bermanfaat untuk perkongsian bersama.

3. Arkib falak termasuklah berkaitan matematik, fizik angkasa, tokoh astronomi, instrumen dan konsep dalam astronomi serta yang berkaitan dengan syariah dan falak UM.

4. Arkib motivasi termasuklah berkaitan kehidupan, agama dan pengalaman penulis sendiri yang boleh diambil manfaat.

5. Arkib bisnes termasuklah berkaitan bisnes internet dan menjana wang melalui internet; adsense, tip blogging, affiliate, ebook yang dijual dan artikel berkaitan bisnes.

Ini sekadar perkongsian ilmu dari apa-apa yang penulis dapat fikirkan untuk dikongsi. Cuma jangan terlalu mengharapkan yang terbaik sebab penulis sendiri masih baru dalam dunia penulisan blog ini. Tapi penulis akan berusaha untuk memberikan yang terbaik=)..

Blog kedua penulis ialah sibungakecil..

Kenapa mesti mempunyai 2 blog?

Sebab penulis tidak mahu terlalu terikat dengan dunia blog dan bisnes internet walaupun penulis ingin pergi lebih jauh dalam bisnes ini.

Bagi sibungakecil, penjenamaan semula yang dilakukan ialah;

1. Topik yang dibincangkan ialah mengenai kehidupan penulis secara informal, manga dan hiburan. Manga @ komik yang akan diulas ialah manga yang selalu dibaca penulis di internet dan dalam Kreko. Manakala kehidupan penulis secara informal ialah nama-nama pelik atau apa-apa yang ingin diluahkan oleh penulis secara informal. Hiburan pula sekadar ingin mengulas apa yang terjadi dalam dunia hiburan, tempatan dan antarabangsa.

2. Post yang akan mengulas mengenai laman web atau apa-apa sahaja berkaitan dengan kehidupan penulis, manga dan hiburan. Kata ganti nama di blog ini ialah 'aku'.

Sudilah kiranya berkunjung ke blog anime penulis; 10onanime..

Sesiapa yang berminat untuk menonton anime online, blog ini ialah jawapannya!

Kalau sesiapa yang ada komen, pendapat atau pandangan untuk menambaikkan blog ini, amat dialu-alukan. Email penulis di zyrontyez.07@gmail.com..

Penjenamaan semula kedua-dua blog ni masih dalam proses. Template baru, penyusunan gadget dan lain-lain lagi. Mungkin memakan masa sikit. Harap bersabar k?

Old superhero..  

Posted by Xunpheriz in ,

Just to share picture about superhero..

Think about it first; most superhero are old right? Mostly over 50+ years old..

So, they must like old too? Just imagine their picture..Can't? Then have a look at this..

Superman


Barbie Doll (has her 50th birthday this year)


Wonder Woman


Batman and Robin


Spiderman


I get the picture through my email coz i'm joining one of Yahoogroup. So funny..

Buku Twitter..  

Posted by Xunpheriz in

Sebelum pergi ke makmal komputer fakulti, penulis sempat berbual-bual dengan seorang rakan rapat penulis. Dia menjaga meja jualan buku..

Bercerita mengenai kawan-kawan sekolah, bila ada pelanggan datang melihat buku di meja, dia pun melayan mereka, manakala penulis pun meninjau buku-buku yang ada..

Tertarik dengan sebuah buku mengenai Facebook, Twitter dan Myspace. Ditulis oleh 3 orang yang penulis tak kenal..

Pada fikiran penulis, tak sangka ada juga buku mengenai laman sosial networking seperti ini. Teringin nak beli tapi duit tak cukup=)..

Mungkin belum ada rezeki..

E-book Rahsia Emas dan Panduan KWSP  

Posted by Xunpheriz in , ,

15 September ni merupakan tarikh tutup jualan 2 e-book terhangat, Panduan KWSP dan Rahsia Emas Yang Hilang..

Penulis dah mendapatkan 2 e-book ini..

Mari kita mulakan dengan topik yang berkaitan e-book ini, pelaburan dan simpanan..


Bercerita mengenai simpanan... adakah anda benar-benar mempunyai simpanan yang kukuh dan cukup untuk menampung keperluan dan perbelanjaan anda kelak sekiranya diberhentikan kerja atau bersara?

Tidak ramai yang mampu menjawab soalan ini kerana ia sedikit rumit dan ada yang mahu mengelak dari menjawabnya..

Tahukah anda, berapa banyak wang simpanan yang anda perlu ada sekiranya diberhentikan kerja?

Anda memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 6 bulan pendapatan bulanan atau jika bekerja sendiri, 2 tahun jumlah pendapatan tahunan anda!

Ya, ini memang benar dan telah dinyatakan sendiri oleh ramai pakar penasihat kewangan termasuklah Azizi Ali.

Sekiranya gaji bulanan anda ialah RM1,500, maka anda memerlukan RM9,000 atau RM36,000sebagai wang simpanan kecemasan anda. Cukupkah wang simpanan kecemasan anda hari ini?

Bagaimana pula keperluan kewangan anda ketika bersara nanti? Umumnya, pesara akan hidup sehingga berumur 75 tahun iaitu kira-kira 20 tahun hidup TANPA bekerja!

Dalam erti kata lain, anda memerlukan RM360,000 untuk menampung perbelanjaan anda selepas bersara? Cukupkah wang simpanan untuk persaraan anda?

Tidak ada jalan lain melainkan dengan cara kita perlu meningkatkan wang simpanan anda mulai hari ini! Tidak ada istilah terlambat...

Jadi, dapatkan e-book ini; Panduan KWSP dan Rahsia Emas sekarang!


Preview Panduan KWSP

Tahukah anda, KWSP adalah salah satu tool yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya? Namun, ada sesuatu yang kami ingin dedahkan!

Disebalik KWSP: Apa yang "mereka" tidak mahu kita tahu?

Potongan KWSP tiada masalah kerana makin sikit dipotong makin banyak gaji yang kita peroleh. Bagi kebanyakan orang "kita" yang bergaji rendah cadangan ini adalah yang terbaik tetapi yang sebaliknya mungkin anda akan berfikir 2 kali.

Kenapa? Ada apa disebalik potongan rendah?

Fakta:
Contohnya gaji pokok bulanan anda adalah RM4000.

1) Jika caruman KWSP bulanan adalah 11% ( RM440 )
Pendapatan boleh cukai = RM3560
CUKAI PENDAPATAN mesti dibayar = RM77

2) Jika caruman KWSP bulanan anda adalah 8% ( RM320 )
Pendapatan boleh cukai = RM3680
CUKAI PENDAPATAN mesti dibayar = RM109

KESIMPULAN:
Jika anda memilih untuk menyumbang 8%, anda akan membayar lebih banyak
CUKAI PENDAPATAN kepada "mereka" itu, yang akan membuat "mereka" lebih kaya.

Alasan "mereka" ianya adalah untuk meningkatkan keadaan lembap pasaran semasa ,
tetapi faktanya anda dapat lihat.. Maka dengan jelas bahawa "wang anda" itu
tidak masuk ke pasaran yang dimaksudkan.

Sebaliknya wang cukai pendapatan itu secara langsung akan pergi ke poket
"mereka" dalam jumlah yang lebih besar.

Jelaslah disini bahawa anda perlu membayar untuk "mereka". Jadi fikir-fikirkanlah samada anda mahu membantu keluarga anda atau "mereka" ini.

Jangan relakan diri anda ditindas tanpa sedar!

Ringkasnya:
Caruman KWSP rendah, Cukai Pendapatan tinggi.

Banyak lagi rahsia berkaitan KWSP yang didedahkan dalam ebook terbaru terbitan PengurusanKewangan.com. Adakah anda berpeluang untuk mendapatkannya kali ini?


5 Sebab Mengapa Kita Perlu Melabur Dengan Emas?

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi.

Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa anda perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
----------------------------------------------------
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Bukankah sesiapa yang memiliki emas adalah kaya?


2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
----------------------------------------------------------------
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda berkahwin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!


3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
---------------------------------------------------------------
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak
cukup..


4. Aset yang terunggul
------------------------------
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain.

Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak
bernilai akibat peperangan.


5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
------------------------------------------
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Anda dah lihat akan kelebihan emas sebagai sumber pelaburan yang utama bukan?

Atau mungkin anda belum faham sepenuhnya lagi mengenai ilmu pelaburan emas ini.

Oleh sebab itulah Team Rahsia Emas menyediakan satu panduan atau ilmu mengenai pelaburan emas ini. Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai ilmu pelaburan emas ini? Terus saja ke laman web di bawah untuk mendapatkannya. KLIK SEKARANG:


Note; 2 e-book ini telah ditutup jualannya pada 12 tengah malam 16 September 2009..

New template for my blog  

Posted by Xunpheriz in ,

Penulis mencari template baru untuk blog ni..Dan pencarian berakhir dengan template ini=)..

Nice colour..Because i like blue..

Not simple, but not complex..

Proses mengedit blog ni masih berjalan..Nak cari template blogspot yang lebih sesuai dengan jiwa ini, tambah link baru; kawan-kawan, berita, falak, ilmu dll..

Wait for my new blog!

Let's be twitter now!  

Posted by Xunpheriz in ,

Penulis menyertai Twitter sejak bila?
x ingat pulak..

Tapi kadang-kadang ada je orang nak follow dari luar negara..Penulis sendiri pun follow IM tempatan & luar negara..

Twitter ni lain sikit dari sosial networking lain..xda profil cam umur, sekolah & lain2..Cuma bagitau ape yang kita wat sekarang..

Bagus untuk bisnes internet=)..

My twitter is ZuaLLiz..

Let's be twitter now!

Hosting dan domain..  

Posted by Xunpheriz in

Hari ni penulis mendapat e-mail dari sorang kenalan IM, solehpolysas. Berkaitan hosting bernilai RM5 setahun bagi blogging..

Memang menarik. Sebab penulis ingin lebih serius untuk buat duit dengan internet ni. Memiliki blog sendiri yang berbayar lebih banyak kelebihan. Kita sendiri yang mengatur blog kita..

Penulis terfikir, mungkin sudah sampai masanya untuk penulis memiliki blog berbayar. Lebih banyak kelebihan walaupun perlu keluarkan sedikit modal..

Cakap pasal hosting ni, penulis pun x pandai sangat untuk terangkan. Tapi berdasarkan carian "maksud hosting" di Google, ini jawapannya;

Apa itu Hosting?

Maksud hosting adalah perkhidmatan dimana server tersebut ditempatkan di pusat data oleh pembekal. Server perlu ditempatkan di pusat data kerana tulang belakang saiz lebar jalur adalah lebih tinggi. Anda perlu menempatkan nya di tempat yang selamat, dikawal rapi, dan pengudaraan yang lebih bagus untuk jangka hayat server tersebut.

Apa itu Nama Domain?

Nama Domain (Internet Domain Name) juga digelar Nama host, satu nama yang dikhaskan kepada sesebuah komputer yang bersambung dengan internet. Nama Domain boleh didapati dari DNS ( Domain Name System), pusat penyimpanan semua Nama Domain.

Secara ringkas, domain ialah nama laman web anda. Seperti www.blogger.com, syoknyer.net dan www.um.edu.my dengan .com, .net, .gov dan macam-macam lagi. Terdapat juga domain yang berasaskan nama negara seperti .com.my untuk syarikat di Malaysia (seperti www.ktmb.com.my), .gov.my untuk kementerian @ syarikat awam Malaysia (seperti www.mara.gov.my)dan .edu.my untuk IPTA di Malaysia (seperti www.um.edu.my). Secara mudah, .my adalah untuk domain berasaskan negara Malaysia..

Penulis sedang berfikir nama domain blog baru ni, isi dan segala yang berkaitan dengan blog ni. Apa yang akan dipostkan dan lain-lain..

Mungkin lepas raya baru penulis akan umumkan blog baru ni..

PPL (II)  

Posted by Xunpheriz in ,

Baru je sentuh pasal PPL, terus penulis join 1 lagi PPL lain..Saja nak tambah pengalaman..

PPL yang dimaksudkan ialah PPL Cerita IM..E-book ni memang best dan ringkas..Cerita suka duka IM tempatan dalam bisnes internet ni..

PPL ni berlangsung dari 4 September 2009 hingga 4 Oktober 2009 (cuma 1 bulan!)..Minimum komisyen yang akan dibayar ialah RM15 dengan setiap lead bernilai RM0.25 (kena dapatkan 60 lead untuk minimum komisyen)..

Tak nak join pun xpe..Yang penting download dulu..Sebab cerita IM ni memang best!

Lupa pulak bagitau, download ni free of charge!..tak dikenakan sebarang bayaran pun!



Lagi-lagi PPL ialah



Panduan Pay Per Lead (PPL)  

Posted by Xunpheriz in ,

Minggu ni penulis banyak dapat email dari IM tempatan mengenai PPL yang dianjurkan.. Lebih kurang 5 atau lebih.. Tapi ada yang dah ditutup dan tamat seperti PPL Speed Adsense.. Penulis tak sempat mencuba khidmat yang ditawarkan =(..

Sekadar mencuba, penulis tak letak sasaran yang tinggi sangat untuk hadiah PPL ni. Sebab penulis pun tak berpengalaman dan banyak kenalan penulis tak berminat mengenai perniagaan internet ni..

Apa itu PPL? Untuk persoalan ini pun, ada sebuah e-book yang dikeluarkan oleh saudara Mohd Fazlie atau juga dikenali Encik Dlie bertajuk Panduan Pay Per Lead..



Secara mudah (yang difahami penulis), PPL ialah satu proses untuk mengumpulkan e-mail prospek. Proses ini memerlukan kerjasama affiliate untuk mempromosikan barangan seperti e-book, yang didownload secara percuma.

Promoter @ affiliate ini akan mempromosikan e-book tersebut atau membawa prospek untuk mendaftarkan e-mail mereka secara sah. Setiap download tersebut akan diberi bayaran @ komisyen dengan pembayaran komisyen akan dilakukan setelah mencapai had minimum sahaja..

Contoh mudah, e-book Panduan Pay Per Lead ini akan diberi komisyen sebanyak RM0.30 bagi satu lead @ download melalui link anda. Tapi, bayaran hanya akan diterima jika komisyen terkumpul sebanyak RM15 @ 50 lead dan ke atas..Jika kurang? Mungkin bukan rezeki anda..

Tempoh bagi PPL ini mengikut usahawan internet, sama ada masa (1 bulan, 2 bulan dll) atau jumlah e-mail yang berjaya dikumpulkan tercapai (1 000, 2 000 e-mail)..

Untuk Panduan PPL ini, penulis pun dah daftar sebagai affiliate. Mungkin e-book ini dapat menerangkan lebih lanjut mengenai PPL ni..



PPL bagi e-book Panduan PPL ni sehingga 15 Oktober 2009. Hadiah bagi top affiliate akan dibayar selepas tarikh tersebut. Tapi PPL ini tetap diteruskan sehingga diberitahu akan ditutup..

PPL yang masih berlangsung (sehingga 27 September)..



E-book ini mengenai H1N1.. Pandai betul usahawan internet ni menggunakan isu semasa untuk mengumpulkan senarai e-mail berkualiti..

Sebarkan informasi H1N1 sambil buat wang sampingan!

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak  

Posted by Xunpheriz in


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Metodologi Penyelidikan Syariah  

Posted by Xunpheriz in ,

Sem ni penulis baru belajar subjek Method. Subjek ini mengajar pelajar bagaimana nak buat kertas projek, tesis atau latihan ilmiah (pelajar sarjana muda/ijazah). Tapi, penulis sendiri dah siap kertas projek Falak sem lepas lagi.

So, bila masuk kuliah dan tutorial subjek ni, ia bagaikan belajar bagaimana nak buat sesuatu yang dah siap.

Sekarang dah minggu ke-7, baru penulis masuk tutorial subjek. Sebab 6 minggu sebelum ni ada saja halangan untuk mengadakan tutorial. Ikut jadual, patutnya selasa, rabu dan khamis ada tutorial pukul 12-1 petang (masa yang sama).

Penulis dengan 2 kawan penulis menunggu setiap pukul 12 tengah hari hari khamis untuk tutorial. Tapi batang hidung pensyarah pun tak nampak. Begitulah selama 4 minggu berturut-turut.

Masuk hari khamis minggu ke-5, penulis demam. Tambahan pula, perlu pergi ke PPUM untuk pemeriksaan mata yang dijadualkan. Terpaksa ponteng..

Penulis berasa kesal sebab tak ambil subjek ni tahun lepas atau semasa menyiapkan kertas projek Falak penulis. Kertas projek Falak yang penulis buat sangat berserabut dan tidak teratur kerana tak tahu format dan cara menghasilkan kertas projek yang berkualiti :(..

Label: , ,

Pandemik Influenza A H1N1 melanda!  

Posted by Xunpheriz in ,

Berdasarkan laporan ringkas, statistik sehingga 16 Ogos 2009, seramai 213 pesakit H1N1 telah di tahan di wad dan 33 pesakit lagi dirawat di ICU. Dari 33 pesakit tersebut, seramai 16 pesakit mempunyai risiko berakhir dengan kematian akibat masalah penyakit kronik sedia ada seperti asma, obesiti, kecacatan otak dan sebagainya.

Manakala mengikut kata Ketua Pengarah Kesihatan pula, 40% daripada 56 kematian akibat virus Influenza A (H1N1) ini adalah disebabkan 'kelewatan mendapat rawatan' dan 13% lagi angkara 'kelewatan pengesanan jangkitan oleh pengamal perubatan (doktor)!'.

dan berita terbaru yang diperolehi....

Kemungkinan besar virus Influenza A (H1N1) atau selsema babi ini telah 'dicipta dengan sengaja' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas sebab-sebab tertentu dengan tujuan untuk mengaut keuntungan besar daripada mangsa Influenza A (H1N1)? Benarkah?

Selain itu, terdapat beberapa persoalan lain berkaitan pandemik ini;

* Apa sebenarnya yang dikatakan dengan Influenza A (H1N1) dan bagaimanakah ia boleh menular dengan cepat serta mengundang maut?
* Apakah sumber utama untuk melihat statistik terkini jumlah mangsa jangkitan dan kematian akibat selsema babi?
* Apakah fakta sebenar mengenai topeng muka (face mask)? Bukan semua topeng muka boleh digunakan dan ada diantaranya perlu diganti setiap masa!
* Apakah doa yang MESTI dibaca oleh umat Islam untuk menghindari wabak Influenza A (H1N1)?
* Apakah bukti mengejutkan hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini?
* Apakah petua orang kampung untuk meningkatkan antibodi (ketahanan) badan dari terkena jangkitan virus selsema babi?
* Siapakah dalang sebenar di sebalik penyebaran Influenza A (H1N1) yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia?

Lalu, bagaimanakah anda dan penulis ingin mendapatkan jawapan yang pasti dan yakin bagi tiap persoalan di atas?
Jawapannya ada di sini;



Tag: , ,

Adsense For Domain  

Posted by Xunpheriz in

Bagaimana Untuk Membuat Duit Tanpa Laman Web, Tanpa Affiliate Marketing Dengan Hanya Sebuah Domain!

Apa Itu Google AdSense for Domains?

Mungkin anda masih lagi tidak mengetahui apa itu Adsense for Domains. Mengikut Google, Adsense for Domains merupakan:

Adsense for Domains membenarkan mereka yang mempunyai domain yang tidak dimajukan untuk membantu pelawat mereka memberikan makluma tyang relevan termasuk iklan, link dan search results kepada pembaca domain tersebut.

Dengan Adsense for Domains, pelawat domain anda mendapat maklumat yang berkaitan daripada berjumpa laman web kosong atau error "page not found". Dengan kata lain: anda akan memberikan sesuatu yang berharga kepada pelawat.

Adsense for Domains memberikan pengiklan peluang lebih banyak untuk mencari pelanggan dan domain anda akan menjadi pangkalan mereka untuk mencari pelanggan. Win-win situation.

Jika anda mempunyai domain yang tidak dibangunkan, Adsense for domains akan membantu pelawat domain anda. Dengan ini, mereka akan mendapat pengalaman pelayaran internet yang lebih baik dan menyayangi anda kerananya!

Diambil dan diubahsuai daripada Google Adsense For Domains.



Melalui e-book ini, anda akan mempelajari:

•Bagaimana untuk menarik trafik kepada domain anda (yang tidak mempunyai apa-apa kecuali iklan)
•Cara whitehat untuk mendapatkan trafik mudah
•Cara blackhat (tetapi best!) dalam mendapatkan trafik
•Cara mahal untuk mendapatkan trafik, tapi berbaloi kepada yang kaya
•Dan lain-lain lagi!
Anda juga akan mendapat bantuan dari segi audio, video dan bantuan teknikal kalau anda memerlukannya.

Ianya amat-amat senang, dijamin anda pasti akan menyukainya :-)

Jika anda mahu mendapatkan Panduan AFD + Bantuan Video/Audio ini, anda hanya perlu membayar RM90 sahaja. Kalau dikira sebulan, ianya kurang daripada RM3 sehari. Dan dengan menggunakan taktik yang ada dalam panduan ini anda akan mendapat lebih banyak daripada apa yang anda laburkan di sini.

Ianya betul-betul menjimatkan anda. Tak perlu buat trial dan error dan anda boleh buat perkara lain.

Anda dapat menjimatkan masa anda dengan dengan membeli e-book ini. Pelajari 1 lagi cara jana wang cara pasif!

Klik sini untuk membaca lebih lanjut mengenai e-book Adsense For Domain.

Tag: , , ,

Hujan Meteor  

Posted by Xunpheriz in



Perisitiwa hujan meteor Perseid 2007.

Setelah sekian lama tidak disajikan dengan peristiwa hujan meteor yang hebat, maka bulan ini kita akan dapat bertemu dengan salah satu peristiwa hujan meteor yang menarik iaitu hujan meteor Perseids. Mungkin ramai yang masih belum tahu apakah sebenarnya perstiwa hujan meteor.

Peristiwa hujan meteor/tahi bintang bermaksud pada ketika peristiwa ini terjadi, anda akan berpeluang untuk melihat sehingga puluhan malah ratusan bilangan meteor atau lebih dikenali sebagai tahi bintang dengan menggunakan mata kasar sahaja. Meteor merupakan jaluran cahaya yang kelihatan memanjang di langit dan boleh bertahan selama beberapa saat yang bergantung kepada saiznya. Jaluran yang kelihatan pula berkemungkinan berwarna kejinggaan, kekuningan, kebiruan dan juga kehijauan yang ditentukan oleh komposisi batuan angkasa yang menerjah masuk ke atmosfera bumi itu.

Data Cerapan Peristiwa Hujan Meteor Perseids, 12-13hb Ogos 2009

Mengikut data oleh International Meteor Organization, waktu kemuncak peristiwa Perseids akan berlaku pada 01.30 pagi waktu Malaysia, 13hb Ogos 09 (05.30pm pada 12hb waktu antarabangsa, UT). Ianya dijangka bertahan sehingga pukul 04.00 pagi (08.00pm UT, 12hb Ogos 09). Namun jangan lupa bahawa peristiwa ini boleh dilihat sepanjang malam bermula selepas Isyak 12hb sehinggalah ke waktu Subuh. Sekitar waktu puncak, dijangkakan kita boleh mencerap sekitar 10 dan boleh mencapai sehingga 100 tahi bintang dalam masa satu jam.



Rajah menunjukkan kedudukan buruj Perseus pada jam 2.00 pagi di langit timur

Radian peristiwa Perseids, iaitu Perseus hanya mula naik dari ufuk timur sekitar pukul 01.00 pagi. Namun sedikit malang ketika itu kerana bulan sedang pada fasa suku akhir dan sudah berada di atas kepala. Cahaya bulan yang ada pasti akan menenggelamkan jaluran cahaya tahi bintang yang malap. Oleh itu saya menjangkakan jika paling bertuah pun kita akan dapat melihat sekitar 10 tahi bintang per jam. Keadaan langit juga memainkan peranan. Berdoalah pada malam tersebut langit adalah bebas dari awan.

Cara untuk mencerap peristiwa ini ialah selepas pukul 1 pagi anda perlu memandang sedikit rendah ke arah timur dan kemudian apabila buruj Perseus semakin meninggi, anda bolehlah memandang di sekitar buruj Perseus. Dicadangkan di sini anda memulakan pencerapan pada jam 2 pagi sehinggalah ke subuh. Namun anda sebenarnya boleh menghayatinya sepanjang malam.

Anda boleh mengikuti peristiwa ini sendirian di rumah kerana ianya tidak memerlukan sebarang alatan optik untuk mencerapnya. Cukup dengan mata kasar anda dan juga kawasan cerapan yang selamat, selesa dan terselindung dari gangguan cahaya lampu. Juga tidak perlu dibimbangkan mengenai kemungkinan batuan angkasa tersebut akan jatuh menimpa anda kerana setakat ini tidak pernah dilaporkan bahawa ada manusia yang mati atau tercedera ditimpa oleh tahi bintang.

Apa yang anda perlu buat untuk menghayati fenomena ‘bunga api’ semula jadi ini ialah dengan berbaring di atas tikar atau di kerusi malas untuk keselesaan dan memandang ke arah radian peristiwa ini iaitu buruj Perseus (rajah 2) secara terus.

Jika anda terlepas tarikh ini, masih boleh mengikuti bakinya sehingga ke 24 Ogos 2007. Peristiwa ini mulai aktif pada 17 Julai dan mencapai kemuncak sekitar 13 dan 14 Ogos setiap tahun.

Fakta Menarik Mengenai Perseids

Hujan meteor Perseids (Perseids) adalah merupakan antara hujan meteor paling menarik dan dinamik pada tahun 1990-an dengan aktiviti yang hebat sehingga mencapai bilangan meteor yang kelihatan sebanyak 400 lebih pada tahun 1991 dan 1992. Kadar bilangan ini kemudiannya semakin menurun sehingga ke bilangan 100 dan 120 pada lewat tahun 90-an dan pada tahun 2000, pertama kali ia gagal untuk muncul.

Bagi tahun 2004-2006, dijangkakan bilangan meteor kelihatan akan kembali menjadi lebih aktif. Ini dibuktikan pada pada tahun 2004 di mana kemuncak Perseids mencapai jumlah yang memberangsangkan. Tahun berikutnya, kemuncak Perseids menjadi normal. Pencerapan pada tahun 2006 pula diganggu oleh gangguan cahaya bulan yang hampir purnama.

Tahun 1992 merupakan tahun komet punca kepada perisitiwa ini iaitu komet 109P/Swift-Turtle berkedudukan perihelion iaitu mengorbit berdekatan dengan planet bumi. Orbit komet ini yang mengambil masa 130 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit menandakan bahawa komet Swift Turtle ini kini sedang menjauhi luar sistem solar dan akan kembali dalam masa 122 tahun lagi.

Selamat mencerap!

Tag: , , , ,

Cincin Oh Cincin..  

Posted by Xunpheriz in

Antara perhiasan yang penulis minat sangat ialah cincin. Ye la, pompuan boleh pakai gelang, rantai & cincin. Laki cuma boleh pakai cincin. Itupun cincin perak-paling mahal.

Tapi penulis tak suka cincin yang ada batu walaupun kecil.

Masa penulis masih kecil, cincin pertama yang penulis dapat ialah dari nenek/tok penulis sendiri. Memang cantik sebab batu putih. Mengikut kata nenek penulis sendiri, cincin tu bernilai lebih RM100 sebab ditempah. Adik & abang penulis serta sepupu pun dapat cincin yang lebih kurang sama tapi berlainan warna batu.

Kemudian, bila penulis memasuki pengajian menengah rendah, penulis mendapat 1 lagi cincin berbatu tapi agak murah kerana batu cincin tersebut agak kecil. Tapi cincin tersebut ada pada seorang kawan penulis sekarang kerana dipinjam. Masa berlalu, penulis pun tak nak minta lagi, halalkan saja cincin tu.

Menjadi mahasiswa UM, penulis berkesempatan berjalan-jalan di sekitar KL pada masa lapang. Terjumpa cincin yang berkenan di hati, terus membeli. Tapi sekadar murah, cincin tersebut patah. Tahun kedua, penulis membeli 1 lagi cincin. Bahkan cincin di jari lebih mahal dari jam tangan yang dibeli pada hari yang sama. jam tangan cuma berharga RM16, namun cincin berharga RM20..Beza RM4!

Melengkapkan koleksi, ketika penulis berkunjung ke Darul Iman pada hujung November 2008, penulis tertarik dengan 2 bentuk cincin jenis stainless steel yang dijual di Pasar Payang. Berharga RM10 setiap satu, terus penulis membeli 2 bentuk. Sampaikan ada kawan penulis yang suka bertanya, "cincin lagi satu untuk sape?"..

ESQ sesat???  

Posted by Xunpheriz in

Penulis pernah menyentuh mengenai tajuk post ni 2 bulan lepas di post ni. Tapi belum sempat diulas dek kekurangan masa.

Mendapat peluang, penulis ingin meluahkan pendapat peribadi mengenai ESQ dan mengulas pendapat bahawa ESQ sesat seperti yang didakwa di blog ini.

Pengalaman

Penulis antara peserta bagi Angkatan Mahasiswa Pertama yang diadakan pada 17 Januari 2008 bertempat di Hotel ... (x ingat). Bayaran >RM500 dengan alumni seumur hidup percuma. Penulis menyertai program ESQ kerana diajak oleh senior dan turut disertai oleh sorang kawan rapat penulis.

Pendapat

Bagi penulis, cara yang digunakan oleh ESQ memang baru. Menggunakan bunyi yang kuat sebagai perantara dan simbolik bagi setiap rukun, memberikan kesan tersendiri bagi setiap peserta. Penulis sendiri menangis apabila mendengar sirah nabi kerana terkenangkan kesusahan yang dilalui baginda untuk menegakkan Islam, walaupun tidak dirasai penulis sendiri.

Penulis cuba mengasingkan emosi dan ilmiah dalam membahaskan isu ini. Terlalu beremosi hanya akan memburukkan keadaan, menggalakkkan pergaduhan dan membangkitkan dendam. Penulis tak mempertahankan bahawa ESQ betul tapi, tidak juga semestinya ESQ salah. Dalam mencari kebenaran, setiap aspek perlu dilihat dan dinilai. Menghakimi perlu pandangan dari 2 pihak..

Kesedaran rohani yang dicapai oleh para nabi dan wali takkan sempurna kecuali dengan hidayah dan taufik dari-Nya. Tetapi, kesedaran rohani itu sendiri takkan memahami hidayah-Nya tanpa pencarian kebenaran agama oleh individu itu sendiri.

Tidak salah untuk mencari hidayah melalui cara dan jalan kita sendiri tapi, perlulah memohon kepada-Nya agar dikurniakan hidayah dan moga jalan yang kita tempuhi adalah jalan yang lurus dan diredhai-Nya.

Berkenaan suara hati atau istilah God Spot yang digunakan dalam ESQ, Rasulullah s.a.w sendiri menyarankan kita bertanya kepada hati kita dalam melakukan sesuatu perkara. Andai hati kita bergoncang, maka perbuatan tersebut adalah dosa. Andai hati kita tenang, maka lakukannya.

Tetapi, hati itu sendiri tidak sempurna untuk menjadi punca atau dasar ilmu dalam sesuatu perbuatan kerana hati yang mati dan gelap tidak akan bergetar bila melakukan kejahatan. Oleh itu, ilmu perlu ditambah, amal perlu ditingkatkan dan hati perlu dibersihkan selalu dengan istighfar agar mudah berhubung dengan-Nya.

Berkaitan nama-nama-Nya yang ditafsirkan untuk disesuaikan dengan matlamat kursus, penulis cuma ingin memberikan pendapat peribadi penulis. Nama-nama-Nya yang suci dan agung hanya sesuai untuk-Nya namun tafsiran yang diberikan tidak bermaksud untuk mencemari kesucian dan keagungan nama-Nya tetapi untuk lebih mencintai-Nya dalam segenap kehidupan.

Kita sebagai hamba cuba untuk mencapai kesempurnaan seorang hamba dengan mentafsirkan nama dan sifat-Nya agar sesuai untuk seorang hamba. Tiada yang sempurna melainkan-Nya sahaja. Oleh itu, tafsiran yang diberikan sebagai matlamat dalam kehidupan seorang hamba.

Dunia Baru..  

Posted by Xunpheriz in

Ni bukan cerita TV atau seumpamanya..Tapi perihal kisah hidup penulis yang terkini..

Sekarang 12 Julai (ketika post ni ditulis). Tempoh pengajian penulis selama 6 semester di'panjang'kan menjadi 7 semester kerana masih berbaki 9 jam kredit. Jadi, penulis kembali ke bandar metropolitan KL pada 6hb Julai (baru seminggu kan?).

Menjadi super senior sebab cuma sorang senior falak sesi 06/07 yang xtend dan tahun ke-4. Penulis juga tinggal di rumah sewa di Pantai Dalam sebab permohonan mendiami Kolej ke-10 telah ditolak dan rayuan tidak diterima.

Sedikit sedih sebab rasa sayang dengan suasana kolej. Setelah 3 tahun setia, akhirnya kesetiaan penulis tidak dihargai (tak jiwang kan?). Tahan teksi di stesen U, terus bagitau, "Blok 2x..". Alamak, abang drebar pun baru sebulan lebih pandu teksi.

Berpusinglah kami mencari blok yang dituju. Tapi sampai juga.

Mendiami sebuah rumah dengan penghuni seramai 7 orang (termasuk penulis)- 2 pelajar Fac Sains, sorang Akaun dan 4 API. Selepas 2 hari, bertambah lagi sorang, pelajar API.

Akhirnya impian penulis tercapai. Sejak 5 tahun tinggal di asrama dan 5 tahun di kolej, dapat merasai pengalaman tinggal di rumah sewa sebelum graduasi.

Sememangnya sem I sesi 2009/2010 memberikan pengalaman baru bagi penulis. Perpisahan dengan teman2 Falak 1 batch 2006/2007 dan kawan2 sama batch di kolej (diorang dah habis belajar), tinggal di rumah sewa dengan junior (tahun 2, 3 & 4) serta jam kredit yang hanya tinggal 9, bertambah lagi kematangan hidup penulis.

Selamat berkonvo, kawan2 2006/2007 - zaid, ain, rin, ina, ajah, are, piah, dayah, adeq, ain syikin, jannah dll..
Moga cepat mendapat kerja dan berkeluarga..

ESQ sesat???  

Posted by Xunpheriz in

Nanti penulis ulas tajuk ni..
Tapi anda boleh tengok blog ni.

Ia mengenai keputusan panel aqidah JAKIM terhadap cara yang digunakan oleh ESQ, terutama 165 - Ihsan, Iman dan Islam. Bagi yang sudah pernah menyertai program yang dianjurkan oleh ESQ, buat ulasan dan pendapat sendiri, benar atau tidak.

Identiti..  

Posted by Xunpheriz in

Melahirkan, mencipta, mencari atau membentuk?

Bila dikaitkan dengan identiti dan personaliti seseorang, pelbagai istilah digunakan. Peringkat remaja sering dikaitkan dengan masalah pembentukan identiti dan wujud krisis identiti.

Jika anda mencipta identiti, maka identiti tersebut belum pernah ada sebelum ini. Penciptaan tersebut seolah-olah anda berkuasa menentukan diri anda.

Mencari identiti pula bermaksud identiti anda sebelum ini hilang atau pergi entah ke mana. Anda mencari diri sendiri.

Berlainan pula dengan membentuk identiti. Ia bermaksud anda mencantum diri anda yang berlainan bahagian atau berpecah dan belum bersatu. Ianya seolah-olah anda mempunyai pelbagai identiti yang berbeza.

Melahirkan pula menjadi sesuatu yang lain. Tapi istilah ini jarang digunakan dalam identiti.

Penulis lebih suka menggunakan istilah 'membentuk' kerana penulis percaya kepada kepelbagaian identiti. Latar belakang, pendidikan ,orang sekeliling dan anggapan terhadap diri sendiri juga mempengaruhi identiti seseorang.

Tetapi, lebih penting, bagaimana orang tersebut membenarkan semua pengaruh tersebut dalam identiti dirinya.

Latar belakang seseorang mempengaruhi bagaimana penilaian dia terhadap kehidupan ini, orang sekitar dan dunia sekelilingnya. Andai pengalaman hidupnya negatif seperti mempunyai ibu bapa yang bercerai, pernah dikhianati kawan rapat, dia akan pesimis terhadap sebuah ikatan perkahwinan dan persahabatan.

Andai dia membenarkan tanggapan negatif tersebut, dia akan menjadi seorang yang negatif biarpun hakikat kehidupan bukanlah begitu.

Andai dia tidak membenarkan tanggapan tersebut dan berfikiran positif, sememangnya dia membuktikan dirinya yang berhak menentukan kehidupannya sendiri, bukan perkara lain..

N; Terpulang kepada penilaian individu.

Panjang atau pendek?  

Posted by Xunpheriz in

LELAKI berambut panjang! Sesetengah pihak mendakwa lelaki berambut panjang menampilkan imej mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri, yang mudah menjadi perhatian umum.

Di sudut adat pula, golongan yang berambut panjang selalunya dipanjang sinis, sering dianggap tidak berdisiplin dan banyak kes dikaitkan dengan tabiat kurang baik, walaupun bukan semua mereka begitu.

Ini berbeza dengan imej rambut pendek, yang kelihatan kemas, bersih dan berdisiplin, walaupun sesetengahnya tidaklah sedemikian, bahkan mereka yang berambut pendek kadangkala berperangai lebih teruk.

Tetapi salahkah lelaki Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?

Presiden Pusat Penyelidikan Islam Amerika, Columbus, Ohio dan Ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Dr Salah Sultan, berkata tiada salahnya membiarkan rambut panjang sekiranya seorang itu menjaganya dengan baik.

Ini kerana katanya, Nabi s.a.w dilaporkan bersabda (bermaksud): "Sesiapa yang mempunyai rambut, peliharalah ia" dan dilaporkan juga yang Nabi s.a.w mempunyai rambut panjang.

Bagaimanapun, menurutnya, seseorang itu sewajarnya mengikut pertimbangan adat umum satu-satu masyarakat.

"Tidak dianjurkan bagi Muslim melakukan yang berbeza dengan adat masyarakat, selagi adat itu tidak diharamkan," katanya, dipetik dalam satu laman sesawang soal jawab berkaitan hukum.

Justeru, katanya, sekiranya membiarkan rambut panjang secara adatnya memperlihatkan sebagai tabiat buruk dalam sesetengah masyarakat, Muslim sewajarnya menghormati nilai itu walaupun dia lebih gemar berambut panjang.

Ulama berpendapat, membiarkan rambut panjang bukannya sunnah dan perkara mendatangkan ganjaran kepada seseorang, bahkan ia hanya lebih kepada adat serta tradisi, malah dilaporkan ia adat kebiasaan orang Arab.

Nabi s.a.w dilaporkan membiarkan rambutnya panjang dan mencukurnya. Baginda tidak mengatakan apa-apa ganjaran bagi orang yang membiarkan rambut panjang atau berdosa apabila mencukurnya. Tetapi baginda memerintahkan lelaki menjaga rambut.

Begitupun, lelaki Muslim yang memilih untuk membiarkan rambut panjang harus berwaspada supaya jangan sampai menyerupai wanita kerana ia dilarang sama sekali oleh Islam. Begitu juga sebaliknya, wanita dilarang menyerupai lelaki.

Ibnu Abas r.a melaporkan: "Nabi s.a.w mengutuk lelaki yang menyerupai wanita." (Hadis riwayat Al-Bukhaari)

Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1993 ada menyatakan, yang baginda ada menyimpan rambut tetapi caranya atau kaifiatnya itu bermacam-macam riwayat.

"Sesetengah riwayat, rambut Rasulullah itu panjang sampai ke telinga, setengah riwayat sampai cuping telinga dan ada lagi riwayat lain yang mengatakan rambut baginda itu jejak ke bahu."

Menurut fatwa itu, Imam Nawawi menanggung perselisihan riwayat berkenaan kerana berselisih masa, iaitu masa bergunting, rambutnya akan panjang sampai cecah di bahu, dengan setiap orang yang melaporkan riwayat terbabit memberitakan apa yang dia lihat pada suatu masa.

Jadi di sini jelas, rambut Nabi s.a.w bukanlah terlalu panjang sebagaimana dijadikan alasan bagi mereka yang lebih cenderung berambut panjang melepasi batas bahu, hingga menimbulkan kekeliruan dari segi gender.

Seorang lelaki Islam itu sangatlah dilarang berambut panjang sekiranya ia disebabkan perbuatan meniru bangsa bukan Islam dan bertujuan menunjuk-nunjuk, malah gagal menjaganya dengan rapi.

Demikian juga, perbuatan membiarkan sebahagian kepala berambut panjang, manakala yang lain dipendekkan atau dicukurkan atas alasan mengikut gaya terkini dan kelihatan lebih 'mengancam' turut diharamkan.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meniru orang, dia seorang daripada mereka." (Hadis riwayat Abu Daud).

Prof Undang-Undang Perbandingan Universiti al-Azhar, Dr Sabri Abdul-Ra'oof, menyatakan Islam adalah satu ajaran universal yang sah bagi semua orang di semua zaman.

Islam katanya, tidak sekali-kali melarang sesuatu kecuali ia bertentangan dengan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

"Demikian itu, ia adalah tugas Muslim untuk mengikuti contoh orang yang betul dan tidak membenarkan mana-mana perkara bidaah dalam Islam. Dengan itu, dia tidak meletakkan tabiat ganjil bukan Muslim dalam gaya rambut mereka.

"Ijmak ahli perundangan bersetuju yang qaz' (mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan yang lain) adalah dilarang kerana Nabi s.a.w memberikan ingatan terhadap larangannya, dengan bersabda: "Cukur semua atau tinggalkan ia semua."

Imam Ibn Hajar Al-'Asqalani melaporkan dalam kitabnya, Fathul-Bari, yang mana Abu Daud menyatakan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Qaz' ialah tabiat orang Yahudi."

Bagi remaja Muslim, sudah semestinya mengikuti gaya yang sesuai dengan agama dan norma masyarakat, sekali gus melupakan angan-angan untuk meniru rupa rambut golongan bukan Islam.

Memang benar rambut adalah kebebasan peribadi, tetapi seseorang itu sewajarnya menggunakan kebebasan pada tujuan yang lebih berfaedah untuk diri dan masyarakat, bukannya yang meruntuhkan nilai agama serta masyarakat.

Dalam soal ini, Abdullah Nasih Ulwan dalam karyanya menyatakan pendapat yang lebih tegas, dengan katanya, pemuda yang berambut panjang, beraksi pondan, bergaya seperti wanita serta menyerupai wanita adalah peniruan membuta tuli.

"Nabi memanjangkan rambut, baginda tidak keluar di hadapan orang ramai dengan kepalanya terdedah, malah dia memakai serban, iaitu mahkota kenabian dan syiar Islam," katanya.

Menurutnya, memanjangkan rambut pada hari ini melambangkan syiar anak tepi jalan dan tanda keruntuhan moral.

"Bukankah tabiat memanjangkan rambut dan membiarkannya panjang hingga kepada kedua-dua bahu itu suatu penyerupaan yang nyata dengan wanita, sedangkan Allah melaknati lelaki yang menyerupai wanita."

Harian Metro

Tazkirah Remaja: Muda bukan hanya sekali..  

Posted by Xunpheriz in

DETIK paling manis dalam kehidupan ialah zaman remaja. Semuanya indah dan berseri, malah badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas, sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.

Oleh kerana itu, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama, malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.


Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.

Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja ashabul kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara leka dunia mereka teguh lari menyelamatkan iman.

Malah, menurut riwayat, ada kalangan yang beranting-anting dan berambut panjang tetapi mereka tidak hanyut dalam kelekaan kerana ada roh agama.

Begitu juga Saidina Ali, dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.

Ramai remaja tertipu hidup berfoya-foya, ke hulu ke hilir tak tentu arah, asyik hendak berseronok saja, sehingga kadang-kadang terjebak dalam pelbagai skandal yang akhirnya merenggut kenikmatan remaja.

Antara sebab sesetengah remaja sanggup melakukan apa saja asalkan seronok kerana mereka berpendapat remaja hanya sekali saja, jadi bersukarialah sepuas-puasnya.

Pada mereka peluang hanya sekali. Bila tua terlepas segalanya. Inilah bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan remaja sepanjang zaman.

Remaja bukan sekali. Remaja sebenarnya dua kali, iaitu sekali di dunia dan lagi sekali di akhirat iaitu di syurga.

Mereka yang masuk syurga menurut satu hadis nabi ialah yang berumur lingkungan 30 tahun iaitu umur Nabi Isa.

Kenapa kita mudah tertipu dengan slogan iblis yang penuh racun itu? Slogan itu hanya mengajak dan meramaikan penghuni neraka.

Ini berpunca daripada salah tafsir mengenai keseronokan. Bila kita lihat kawan kita terbabit dalam lumba haram kita berasa mereka sangat seronok.

Justeru, tanpa berfikir panjang kita pun kepingin menurut mereka, kononnya seronok dan akhir sekali itu sajalah kita seronok. Selepas itu merana sepanjang hidup.

Remaja melihat pula mereka yang hidup bebas tanpa pegangan agama 'free love' membawa kepada 'free sex' terasa seronok, lalu terus mengidam.

Tetapi rupanya sekali itu sajalah seronok dan selepas itu merana dengan anak luar nikah serta pelbagai penyakit dan risiko.

Begitu juga dengan dadah dan segala pil khayal, berasa seronok konon melihat remaja lain mabuk dalam lautan khayalan, terus mencontohi mereka malah menjadi pelanggan dan penagih utama.

Keseronokan yang diharap rupanya kemudaratan yang berpanjangan melilit kehidupan. Demikianlah silap tanggap mengenai ketenangan dan keseronokan.

Betul sungguhlah ajakan syaitan, muda hanya sekali bererti mereka hanya muda di dunia saja dan tidak dapat menikmati muda kali kedua di akhirat iaitu muda di syurga.

Kenapakah ramai remaja tidak melihat sekumpulan remaja lain yang bukan saja berjaya dalam hidup tetapi juga tenang pada wajah dan watak mereka.

Selepas bekerja dengan tekun golongan ini bergegas ke tempat solat selepas terdengar azan Zuhur, membasuhi wajah dengan air wuduk kemudian dahi cecah ke sejadah dan berzikir berdoa tak lekang di bibir.

Kemudian, selesai mengerjakan solat mereka menyambung kerja dengan tekun dan tenang.

Apabila datang waktu Asar lagi sekali menghadap Allah, mengulangi lagi kemanisan beribadat. Dengan itu, wajah menjadi berseri dan badan pun sihat.

Sementara yang berumah tangga kehidupan rumah tangganya bahagia dan yang bekerja kadangkala menjadi ikutan kepada rakan yang lain di tempat kerja.

Bagi golongan terbabit, pelbagai majlis ilmu menjadi tumpuan sebagai santapan rohani dan minda. Mereka juga berhibur dalam batasan agama dan norma ketimuran yang penuh adap sopan.

Pendek kata mereka inilah yang mungkin mendapat muda dua kali, iaitu sekali ketika di dunia dan kerana menjaga nikmat remaja di dunia mereka mendapat kali kedua remaja di syurga yang kekal abadi.

Harian Metro, 1 Mei 2009

Life is unique!  

Posted by Xunpheriz in

The life is unique. Because we are us. I'm who am i, not others. So, don't give up when the problems come.

I love who am i now. But i want to become better, so i can help others with my abilities, my power & my wealth.

I have God, i have Islam & i believe He love me too..

Assignment mode!  

Posted by Xunpheriz in

Nampaknya memang minggu ni penulis paling busy. Kena siapkan thesis yang masih belum separuh siap, 3 tutorial subjek lain, presentation ganti dan test ganti.

Tak boleh nak komen atau merungut, memang begini rutin seorang pelajar. Sibuk dengan assignment, tutorial dan test. Minggu lepas penulis baru habis bentang viva projek. Nak dikategorikan macam mana? Kalau 1 sebagai paling teruk dan 10 paling bagus, penulis letakkan 3 sebab kurang persiapan, malas dan bertangguh. Viva itu sendiri kurang lengkap kerana tiada analisis graf dari cerapan yang dibuat dan perbandingan dengan solat JAKIM.

Sekarang dah pukul 2 pagi lebih. Penulis masih terkejar masa untuk habiskan thesis ni secepat mungkin. Mode assignment baru dihidupkan kerana penulis berehat sebentar 1 hari.

Ok. Jom sambung semula! Mode reactivate!

Jumaat, 3 April 2009  

Posted by Xunpheriz in

Esok tanggal 3 April 2009 merupakan lawatan 2 buah sekolah Kedah ke Universiti Malaya. Penulis dah tahu tentang lawatan sambil belajar pelajar MMAS dan Program Motivasi 2009 SMK Tun Syarifah Rodziah sejak pertengahan bulan Mac lagi.

Lawatan sambil belajar

Penulis diberitahu oleh seorang rakan dari sekolah yang sama, Naimah mengenai lawatan ini. Tapi disebabkan hal tertentu, lawatan itu ditangguhkan seminggu. Ramai kawan-kawan yang ex-schoolmate yang akan tolong mengendalikan lawatan.

Mulanya penulis diberitahu bahawa para pelajar dari Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah akan melawat Makmal Fizik Angkasa, Fakulti Sains, tempat peralatan cerapan disimpan. Ingatkan cuma lawatan biasa. Yang pelik, apa yang dapat dipelajari dari tempat yang sempit itu?

Bila penulis membawa Naimah dan seorang lagi bekas pelajar Maktab Mahmud (kawan kepada adik penulis) melawat Makmal Fizik Angkasa (MFA), mereka pun bersetuju; ia bukan makmal biasa yang luas. Cuma ada peralatan asas untuk sebuah makmal. Dan sempit. Bolehkah ia memuatkan kesemua pelajar sekaligus?

Selasa malam Rabu, 31 Mac 2009 - mesyuarat berkaitan lawatan pelajar MMAS ke UM & UIA diadakan. Pukul 8 malam di KPS. Memang penulis tak sangka, ramai kawan yang seangkatan (sama sekolah) tahu mengenai lawatan ini dan lawatan ini sendiri bukan setakat di UM!

Berikut secara ringkas tentatif lawatan itu;

Malam Jumaat-bertolak dari Kedah.
Jumaat (3 April 2009)
7 pagi-sampai di KL.
9 pagi-melawat MFA, Fac Sains.
Tengah hari-melawat KL.
Malam Sabtu-melawat UIA,PJ. Sedikit aktiviti akan diadakan di Dewan UIA PJ. Termasuk memperkenalkan Alumni Maahad yang belajar di UM & UIA.

Penulis kurang ingat tentatif pada hari Sabtu. Yang pasti, jumlah pelajar lebih kurang 80 orang dan dari Kelab Astronomi. Patut pun nak melawat MFA.

Penulis sendiri cuma belajar selama 2 tahun sahaja di MMAS (tingkatan 4 & 5) kerana sebelum itu penulis belajar di Maktab Mahmud Yan (MMY).

Program Motivasi 2009

Tempat ; Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, UM
Tarikh ; 3-5 April 2009
Pelajar ; 73 pelajar wanita dari SMK Tun Syarifah Rodziah, Alor Setar, Kedah.
Fasilitator ; 20 (lelaki & perempuan)

Penulis diberitahu oleh pembantu penyelia kolej, Abang Fairul mengenai program ini seminggu sebelum Malam Gemilang Sepuluh (MGS) Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi. Program ini mulanya diberitahu bakal berlangsung seminggu selepas MGS. Jadi penulis ditugaskan mencari seramai mungkin fasilitator bagi 60 orang peserta.

Namun, semester yang semakin hampir ke penghujung dan bebanan assigment yang banyak membuatkan misi mencari fasi seminima 10 orang menjadi sangat sukar. Hanya 5 lelaki & 5 perempuan diperlukan!

Selepas MGS, baru penulis tahu, program itu akan diadakan pada 3-5 April 2009, 2 minggu selepas MGS. Nampaknya masih sempat menambah senarai nama fasi.

Setelah berhempas pulas, akhirnya penulis dan Alan dapat mencukupkan senarai nama fasi kepada 20 orang, lelaki & perempuan.

Tentatif program ini pula;

Malam Jumaat-bertolak dari Kedah. 2 buah bas sekolah dengan 4 pemandu.
Pagi Jumaat (3 April 2009)
5 pagi-sampai di KKTAZ. Berehat, solat Subuh dan pendaftaran.
8 pagi-melawat UM;Muzium Seni Asia, perpustakaan utama, KPS, DTC dan beberapa buah fakulti.
Lepas Jumaat-ice breaking. Bermulanya program secara langsung dengan aktiviti seperti LDK, explorace dan lain-lain.
Pagi Ahad (5 April 2009)-majlis penutup. Bertolak pulang ke Kedah.

Semalam, semua fasi bersetuju bahawa program ini dinamakan semula sebagai Kem Motivasi Menjana Cita. Nama yang bagus (nasib baik bukan cinta)

Secara keseluruhannya, penulis ada mesyuarat pada selasa, rabu dan khamis malam. Latihan silat pada selasa dan khamis malam. Amat pening, ditambah dengan assigment yang belum siap..Banyak kerja menanti.

Ahad, 5 April 2009

Penulis sedikit kecewa sebab tak dapat mengikuti Program Motivasi 2009 sehingga habis atau menolong kawan-kawan seangkatan menguruskan lawatan sambil belajar dari MMAS. Pada hari ahad, 5 April 2009 penulis terpaksa menyertai Hari Keluarga Jabatan Fiqh Usul (JFU), Akademi Pengajian Islam. Di Sungai Tua, Gombak.

Penulis cuma dapat menguruskan lawatan sambil belajar dari MMAS ketika di MFA pada pagi Jumaat kerana ia merupakan tanggungjawab penulis sebagai seorang alumni MMAS. Tapi untuk Program Motivasi 2009, penulis dapat memberikan sepenuh komitmen mulai lepas Jummat sehingga malam Sabtu. Pada pagi Ahad, Hari Keluarga JFU.

Selamat datang Jumaat, 3 April 2009!

Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta  

Posted by Xunpheriz in

NASIHAT BUAT ADIK-ADIKKU

Wahai adik-adik remaja sekalian, sesungguhnya cinta itu BESAR. Jangan diremehkan cinta. Gunanya besar untuk kebaikan. Namun salah gunanya juga besar mengundang bencana kemusnahan. Hari ini, bukan sekadar Zulaikha dan wanita bangsawan itu yang terkena biusan cinta, malah segala yang berada di sekitarmu, merangsang diri untuk tunduk kepada desakan trend semasa ini. Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat yang sulit dan penuh liku.

Justeru penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Peliharalah kesucian dirimu dengan kesungguhanmu berpegang dengan tali Allah. Janganlah sekadar berdolak dalih secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha. Sedangkan Yusuf merengkok bertahun di penjara, agar tidak menjadi mangsa BIUSAN CINTA.

Dan bagi mereka yang terus mabuk dibius cinta, tidak mudah bagi kita untuk mencapai mereka. Tidak mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Berusahalah sedaya yang kamu ada, dan berikan masa untuk menjadi sebahagian daripada penawarnya. Zulaikha itu mengambil tempoh yang panjang untuk akhirnya tersedar, bahawa beliau telah lama tersesat di dalam dosa, kerana membiarkan diri dibius cinta. Kebenaran Yusuf akhirnya diperakui, Zulaikha bertaubat kepada Allah… akhir sebuah perjalanan yang panjang, seperti yang terungkap dalam firman-Nya di dalam Surah Yusuf ayat 51.

Berhati-hatilah dalam permainan cinta.

Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Majalah IM; Sumber maklumat bagi menjana pendapatan online  

Posted by Xunpheriz in

Penulis ingin membuat ulasan mengenai Majalah IM edisi ke-10..Read it below=>

Majalah IM merupakan sebuah majalah online dalam format PDF. Lebih menarik lagi, majalah Internet Marketer (IM) ini berbahasa Melayu, keluaran tempatan dan diberi PERCUMA!

Walaupun percuma, jangan diperlekehkan isinya..Majalah IM diisi dengan maklumat yang sangat berguna mengenai perniagaan internet oleh para usahawan internet yang tidak asing lagi seperti Zamri Nanyan, Smartzul, Galadriel dan ramai lagi..Sekalung ucapan terima kasih kepada setiap penulis kerana sudi berkongsi ilmu secara percuma!

Isi kandungannya sungguh mantap dan susun atur serta rekabentuk grafiknya cukup mengujakan dan menambahkan keseronokkan anda membacanya. Kalau sekalung terima kasih untuk setiap penulis, apa yang layak untuk Team Flarebiz yang menerbitkan majalah ini? Jutaan tahniah kerana berani menongkah arus dan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk penerbitan majalah ini..

-------------------------------------------------------------------

Bulan Februari 2009, majalah IM mencecah edisi ke-10..

Majalah IM keluaran terkini mengetengahkan isu berkenaan eBay sebagai cerita depan. Tidak kurang menariknya, isu-isu seperti soalan lazim berkaitan perniagaan internet dan perniagaan dalam Islam.

Anda pernah mendengar mengenai eBay? Apa itu? Saya juga tidak tahu awalnya bila membaca banyak blog usahawan internet tempatan dan luar negara..

Tapi, yang lebih penting; adakah anda mengetahui bahawa anda dapat menggunakan auction web ini yang terkenal di seluruh dunia sebagai tempat menjana pendapatan online anda dan memudahkan pembelian @ penjualan anda secara lelong? Malah anda dapat menjual barang anda ke seluruh dunia, bukan pasaran tempatan semata (Ya, seluruh dunia!)..

Saya takkan bagitahu anda dalam blog ini..

Kenali dulu eBay melalui Majalah IM edisi terkini..Terdapat juga info menarik mengenai eBay dalam majalah online ini..

Terdapat kecenderungan baru di kalangan orang ramai untuk membeli secara online. Salah satu laman web lelong yang terkenal dan dipercayai adalah eBay. Namun, setakat mana maklumat anda terjamin dan urus niaga tersebut dipercayai? Ketahui jawapannya melalui tips membeli dengan selamat di eBay oleh saudara Noorizam Shah, seorang Education Specialist Trained by Ebay. Lebih menarik, beliau satu-satunya bangsa Melayu di dunia yang mempunyai pengiktirafan seumpamanya, waktu ini!

Ingin tahu tips-tips tersebut? Download Majalah IM sekarang..Jangan hanya mengikut trend tanpa mengetahui yang terbaik untuk diri anda!

Bagaimana pula untuk menjual di eBay? Mesti ada caranya. Kaedah ini sangat praktikal dan mudah tapi tetap mendatangkan keuntungan kepada anda. Kaji dulu Majalah IM ini untuk lebih untung..

Tunggu! Ada lagi maklumat lain yang sangat berguna untuk anda. Jika anda ingin mempunyai perniagaan internet sendiri serta pelanggan yang setia, bagaimanakah anda dapat menjimatkan masa untuk memaklumkan mereka mengenai sesuatu perkara? Anda akan keletihan menghantar email kepada setiap pelanggan anda jika anda mempunyai 200 pelanggan..Terdapat cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa untuk itu..Ya, memang ada. Nak tahu? Baca majalah online ini sendiri..

Pelan perniagaan online pula mendedahkan kepada anda maklumat berkaitan pengurusan perniagaan internet. Ia memang mudah tapi memerlukan perancangan dan tindakan. Saudara Galadriel yang mengulas hal ini telah berkecimpung selama 3 tahun dalam perniagaan dan pemasaran internet.

Majalah IM edisi bulan Feb ni diakhiri dengan konsep perniagaan dalam Islam. Walaupun kaya harta, kita tetap kaya harta. Perniagaan adalah salah satu cabang jihad, bukannya semata-mata untuk mengaut keuntungan..

Jadi, apa tunggu lagi? Selagi anda belum mendapatkannya, anda akan tertanya-tanya mengenai jawapan kepada setiap persoalan di atas..Jangan risau, ia percuma. Anda tak perlu mengeluarkan sesen pun untuk membacanya (kalau ia perlu dibayar, bagitahu saya k?)..Download Majalah IM edisi ke-10 di sini..

Mutiara Kata Luqman Al-Hakim II  

Posted by Xunpheriz in

Berkatalah Luqman mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui:

“Hai anak-anakku, janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, kerana mempersekutukan Allah satu kezaliman yang sangat besar, dan bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.

“Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?

“Maka engkau menikmati kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya, penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.

“Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa, maka Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan mereka. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.

“Hai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.

“Dia memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh, dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.

“Dan bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.

“Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah tidak meredai orang yang sombong dan takbur."

Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan  

Posted by Xunpheriz in

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November
- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Nota: Bulan Julai;seorang yang amat penulis sayang sekarang, bulan Oktober;cinta pertama penulis, bulan November;penulis dan bulan Disember;cinta kedua penulis.

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile

Archives