Baca dan Menang!  

Posted by Xunpheriz in , ,

1 peraduan telah dianjurkan, sebagai galakan para pelajar dan remaja untuk menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama semasa musim cuti sekolah.

Peraduan yang julung-julung kali dianjurkan oleh PTS ini bakal menjadi acara tahunan setiap kali tibanya musim cuti sekolah hujung tahun. Peraduan ini bakal berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010.

Penyertaan terbuka kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah, juga kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini sekaligus bermakna, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini!

Pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM70 ribu menanti para pemenang.

Terdapat hadiah utama yang berupa barangan elektronik berserta set perpustakaan mini bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000. Malah, para pemenang boleh memilih sendiri buku apa yang mereka suka daripada beratus-ratus judul buku terbitan PTS.

Hadiah mingguan khusus kepada sekolah yang menang penyertaan pelajar sekolah paling ramai setiap minggu turut disediakan. Hadiahnya yang berupa buku PTS bernilai RM3,000, bolehlah dijadikan untuk tambahan koleksi buku di perpustakaan sekolah buat bacaan para pelajar.

Syarat untuk menyertai peraduan ini cukup mudah. Anda cuma perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dan anda sudah layak menyertai peraduan ini. Dapatkan borang peraduan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul, tulis slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.

Selepas itu, apa lagi…masukkan borang peraduan ke dalam kotak yang disediakan di kedai buku ataupun hantar terus borang peraduan kepada PTS. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal sebagai bukti pembelian.

Oh ya, anda juga boleh membeli buku secara online di Book Cafe. Kemudian, lakukan langkah yang berikut seperti diberitahu di sini.

Untuk menyertai peraduan ini, anda boleh klik di banner sebelah kiri artikel ini.

Selamat menyertai! Semoga anda berpeluang menang.

Tip Simpan Challenge 2009: Hari Bebas Belanja!  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Hari ni tak tau nak update blog kewangan ni pasal pa. Kehabisan idea. Untuk artikel kali ni, saya nak ulas mengenai tip dan strategi yang diberikan dalam Simpan Challenge 2009.

Salah satu tip menarik yang ingin saya kongsi ialah jangan belanja bagi 1 hari dalam seminggu. Anda catat perbelanjaan keluarga dalam seminggu, iaitu tiap-tiap hari. Kemudian tambah kesemua belanja tersebut dan bahagikan dengan 7 untuk 7 hari dalam seminggu.

Hasilnya, anda akan mendapat purata belanja harian anda. Kemudian, tetapkan 1 hari setiap minggu sebagai hari tidak boleh belanja.

Belanja purata harian yang sepatutnya anda belanjakan pada hari tersebut, anda simpan. Dan ulang tip ini tiap minggu, senang kata rutin mingguan. Sekaligus anda dapat menjimatkan wang + menyimpan wang hampir RM100 setiap bulan.

Oh ya, kalau tak belanja, bagaimana dengan belanja untuk hari tersebut? Jawapannya; cuba dahulukan belanja hari tersebut kepada hari sebelumnya. Makan di rumah, jangan makan angin pada hari tersebut dan lebihkan kepada aktiviti kekeluargaan.

Jimat duit, dapat menyimpan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. 3 kelebihan dengan 1 tip. Hebat kan?

Hanya dengan jadikan 1 hari dalam seminggu sebagai Hari Bebas Belanja!

p.s;Tip dan strategi dalam Simpan Challenge 2009 lebih banyak dan sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga. Tapi, tak salah untuk cuba amalkannya, walaupun anda/kita/saya masih bujang, bukan?

Sertai Simpan Challenge 2009 sekarang!  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Sesiapa yang ingin mencabar diri sendiri untuk menyimpan lebih banyak, saya sarankan untuk menyertai Simpan Challenge 2009. Ia adalah satu kempen menggalakkan budaya menyimpan di kalangan rakyat Malaysia. Peserta kempen ini akan mendapat tip dan strategi menyimpan yang mudah dan praktikal.

Misinya cukup mudah; memberi tip dan strategi menyimpan kepada anda setiap hari supaya anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari! Ya, RM1,000 dalam masa 30 hari; 1hb November 2009 sehingga 30hb November 2009.

Sekali tengok, misi yang tidak logik; menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari. Sedangkan dengan harga barang dan makanan yang semakin tinggi, sekadar beberapa ratus ringgit untuk disimpan setiap bulan sudah memeningkan kepala.

Apa sekalipun, tidak salah mencuba kerana yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM10. Mungkin anda tertanya; mengapa dikenakan bayaran/yuran pula?

Kerana perkara percuma selalunya tak dihargai. Ia umpama komitmen anda untuk membuka email bagi mendapatkan tip dan strategi menyimpan yang telah dihantar ke email anda.

Jika tiada bayaran, peserta tidak akan komited untuk membuka email setiap hari dan mengikuti tip dan strategi menyimpan yang disarankan.

Malah, saya sendiri menyertai kempen walaupun saya masih belajar dan belum bekerja, untuk mendapatkan tip dan strategi menyimpan yang dapat digunakan kelak.

Jika anda tidak dapat menyimpan walaupun RM10 sepanjang 30 hari tersebut, RM10 akan dikembalikan semula.

Tapi, takkan ianya sangat susah untuk menyimpan sekadar RM10 dalam masa 30 hari? Saya sendiri dapat menyimpan RM30 untuk 30 hari, menggunakan tip saya sendiri. Jika anda yang sudah bekerja, pasti lebih mudah bukan?

Sertai Simpan Challenge 2009 sekarang! Klik sini!
Selamat menyimpan!

Permulaan yang keliru..  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Saya tidak ingat bagaimana saya mengenali perniagaan internet. Bagaimana saya gila mendownload ebook (buku elektronik) percuma hingga memenuhi thumbdrive saya dengan ebook yang masih belum dibaca melebihi 80%. Bagaimana saya bersemangat untuk mencontohi kejayaan usahawan internet tempatan dan luar negara yang berjaya mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan.

Tapi setiap kali membaca newsletter dari internet marketer tempatan mengenai produk mereka yang hangat terjual, bagaimana mereka ingin membantu pelanggan mereka untuk turut menjana pendapatan dari internet seperti mereka; saya hanya membaca sambil tersenyum sendirian.

Mengapa?

Sebab saya tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri untuk membeli produk-produk tersebut, juga sebuah laptop atau komputer untuk membaca, jauh lagi mengaplikasikan apa yang terdapat dalam ebook yang dibeli kelak.

Sehingga sekarang, saya hanya mampu berharap untuk mempunyai satu pendapatan pasif dari internet. Tapi permulaan ke arah tersebut seolah-olah masih samar. Tiada kepastian. Mungkin saya hanya perlu merancang ke arah tersebut dan bersiap sedia untuk berlari jika masanya telah tiba.

Jika sekarang saya merangkak, saya berharap dapat berlari pada masa depan. Yang penting, saya tidak berputus asa, walaupun langkah saya masih perlahan dan kejayaan yang diimpikan masih jauh!

Usaha yang akan saya usahakan sekarang ialah;

1. Membaca ebook percuma/berbayar yang saya miliki.
2. Mencari sumber kewangan tersendiri agar dapat membeli sebuah laptop/pc.
3. Membaca artikel usahawan internet tempatan dan luar negara untuk meningkatkan ilmu mengenai blogging dan internet.
4. Mencari niche tersendiri dan fokus hanya pada niche tersebut pada 1 masa sehingga saya menjadi pakar.

p.s; Jangan pernah berputus asa jika sudah bermula. Mungkin pintu kejayaan sudah berada di depan kita tanpa kita sedari. Acapkali seseorang itu berhenti apabila kejayaan hanya beberapa langkah lagi di depannya.

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile

Labels

Affiliate (2) al-Mubarak (1) autoresponder (1) awal (1) Baca dan Menang (1) bebas hutang (1) belanja (1) beli (1) Berita Semasa (3) blaster (1) Blog (14) Diari (1) E-book (2) E-mail (1) ebiz (1) email (1) ESQ (3) Falak (2) GDI (1) Gigi (1) Google (1) GST (1) hutang buruk (1) Ilmu (1) IM (1) jana wang (1) Jenaka (1) jimat (2) kad kredit (3) KCLau (1) ke-2 (1) kebebasan kewangan (3) kecemasan (1) Kesihatan (1) Kewangan (4) KWSP (1) lindungi wang (2) Link (2) Love (1) Malaysian (1) Merdeka (1) Motivation (4) Mutiara Kata (2) My Business (14) My Life (16) My Study (5) NCD (1) Newbie (1) pasif (1) Pelaburan (2) pendapatan (1) penghujung (1) perbelanjaan (1) pertengahan (1) pinjaman (2) PPL (2) PTC (2) PTS (1) Ramadhan (7) Simpan (4) Simpan Challenge 2009 (3) spam (1) subscriber (1) Syawal (1) Tazkirah (4) tip kewangan (1) Trackback (1) Traffic (1) Twitter (3) World (1)