Seminar Emas G100  

Posted by Xunpheriz in , , , , , , , ,

OPEN FOR REGISTRATION!!

SEMINAR G100

Seminar Simpan Emas ekslusif dari #PGG100Network datang lagi pada minggu ini!

Seminar ini adalah salah satu usaha dari #PGG100Network untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat luar tentang ilmu simpanan emas yang betul.

Kali ini rakan dealer saya dari #PGG100Network, Cik Siti Zareen Naqiyah Zool Ambia akan berkongsi tentang tips jana pendapatan pasif sambil menyimpan emas pada hari Rabu ini.


Butiran seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 Februari 2020 (Rabu)

Masa : 9 malam

Platform : FB PAGE PUBLIC GOLD BY G100 NETWORK


(link untuk ke page:

https://web.facebook.com/Public-Gold-By-G100-Network-100888685326219

Pastikan anda semua telah LIKE, FOLLOW DAN SET SEE FIRST page tersebut ya.

Yuran: PERCUMA UNTUK SEMUA


Yang berminat untuk tahu rahsia untuk menjana pendapatan pasif yang akan dibongkarkan, anda boleh klik link di bawah untuk pendaftaran:

https://tinyurl.com/ybqhnl6s

https://tinyurl.com/ybqhnl6s

https://tinyurl.com/ybqhnl6s


Jom segera book tempat untuk anda hadir #SeminarBisnesEmas #PGG100Network ini ya.

Lebih menarik, semua yang hadir ada peluang untuk menang jongkong emas dari cabutan bertuah yang akan diadakan semasa seminar berlangsung nanti. Pasti ada rezeki untuk anda.

Kita jumpa hari Rabu ni ya!


"Bukan emas yang buat kita kaya tapi ilmu"

~Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Penulis Buku Wang Emas, Influencer, Mentor


#PG054189 

#ZuhairZainol 

#NextMohdZulkifli 

#PGG100Network

#PublicGold

Antara maut & muflis  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Wabak Covid-19 yang diisytiharkan sebagai pandemik telah mengakibatkan banyak negara 'lockdown'. Ekonomi banyak negara merudum atau sedikit musnah.

Premis perniagaan ditutup. Berkumpul beramai-ramai dilarang. Kilang industri ditutup, hinggakan permintaan perak bagi kegunaan industri, turun. Sekaligus mengakibatkan harganya turut turun.

Namun, paling menimbulkan kesan ialah kepada pekerja & peniaga kecil-kecilan. Pasar malam tidak dibenarkan beroperasi. Syarikat selain makanan minuman & keselamatan serta bidang yang dibenarkan beroperasi, mesti ditutup.


Ditutup bermakna tiada sumber pendapatan. Syarikat akan rugi dalam tempoh PKP (MCO) ini. Jika ia dilanjutkan, tidak mustahil akan berlakunya pembuangan kerja untuk mengurangkan kos operasi syarikat.

Dalam tempoh ini, ada 2 pilihan sahaja: maut (bagi yang positif Covid-19) atau muflis (bagi yang masih hidup, jika tiada simpanan kecemasan).

Sangat beruntung bagi yang menyimpan sebelum ini. Jika berlakunya kemelesetan ekonomi seperti yang diramalkan, simpanan tersebut boleh digunakan untuk meneruskan hidup, membeli aset yang dijual dengan harga rendah (seperti rumah & tanah) dan mula berniaga.

#CPRCKKM
#PKP
#MCO
#ZuhairZainol
#PG054189

Bisnes ketika PKP  

Posted by Xunpheriz

Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020, mewajibkan semua rakyat Malaysia mengehadkan pergerakan mereka.

Aktiviti keluar rumah hanya bertujuan untuk membeli makanan. Beli dan balik. Tidak dibenarkan melepak. Apatah lagi berkumpul beramai-ramai.

Semua kedai tutup. Jika kedai makan, hanya beli bungkus. Makan di rumah. Boleh dipesan untuk penghantaran.

Dalam masa begini, sesiapa yang pandai memasak, boleh memasak makanan harian dan hantar ke sekitar kawasan sendiri. Ambil peluang dari masalah pergerakan yang dihadkan.

#Covid19
#MalaysiaCovid19
#ZuhairZainol

Selamat Datang & Terima Kasih  

Posted by Xunpheriz

Selamat datang ke blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan di blog ini.

Anda boleh berblogwalking ke blog saya; ZuhairZainol kerana blog ini sudah tidak dikemaskini.

Whatsapp : 017-4537860

Instagram : Zualliz & Authorised PG Dealer

Facebook : Mohd Zuhair
Facebook Page : DJ Emas

21 tips kewangan  

Posted by Xunpheriz in , , , , , , , , , ,

Amalkan setiap langkah kewangan di bawah secara beransur-ansur, sehari demi sehari dan jadikan ia amalan kewangan harian kita. Apabila sudah sebati, ia lebih mudah.

1.  Jejak segala perbelanjaan anda (catit, walaupun sekecil mana perbelanjaan tersebut)
2.  Simpanan automatik (buat potongan gaji, terus masuk ke dalam akaun simpanan, dan lupakan)
3.  Laburkan wang simpanan (simpan dan laburkan wang tersebut)
4.  Tabung/Dana kecemasan (bina simpanan untuk kecemasan yang menyamai jumlah 6 bulan gaji)
5.  Rancang perbelanjaan anda (buat bajet bulanan)
6.  Hentikan penggunaan kad kredit (gunakan tunai)
7.  Hentikan keahlian bulanan yang tidak digunakan (gimnasium,kelab atau apa-apa sahaja tetapi jarang digunakan)
8.  Hentikan perbelanjaan harian/mingguan kecil yang tidak diperlukan (seperti makan di kedai mamak)
9.  Jaga kesihatan (amalkan gaya hidup yang sihat dan dapat mengurangkan kos perubatan pada masa depan)
10.Simpanan hari tua (buat simpanan khas selain KWSP untuk hari tua anda)
11.Urus bayaran hutang anda (ubah pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah dan jangan bertangguh)
12.Tawar menawar (simpan duit lebihan tersebut)
13.Telefon bimbit dan siaran televisyen (kurangkan pakej yang diambil jika tidak digunakan secara optimum)
14.Cari jualan istimewa (lakukan pembelian yang menjimatkan wang; makan minum dan lain-lain)
15.Tambahkan nilai diri anda (pelajari skil dan ilmu baru)
16.Hentikan perbelanjaan emosi (ambil masa sebelum membeli sesuatu yang tidak dirancang)
17.Minta kenaikan gaji (cuba dulu, mungkin dapat)
18.Jana pendapatan sampingan (pelajari cara menambahkan aliran pendapatan selain pendapatan sedia ada)
19.Biayai semula pinjaman rumah (peningkatan nilai rumah akan dapat mengurangkan bayaran bulanan rumah)
20.Pelaburan alternatif (pelajari pelaburan baru untuk meningkatkan peluang keuntungan)
21.Belanja diri anda (sebagai penghargaan kerana berjaya mengawal kewangan peribadi)

Membina sumber pendapatan ke-2  

Posted by Xunpheriz in ,

Kehidupan zaman kini memang mencabar. Harga barang yang kerap naik (dan tidak pernah turun), gaji yang naik seperti kura-kura dan jenayah rompak & ragut di merata tempat, duit dirasakan tidak cukup. Pendapatan perlu dipelbagaikan dan dilindungi dari dirompak secara sah atau tidak sah.

Beruntung sesiapa yang mempunyai pelbagai jenis pendapatan, tahu cara melindunginya dan cara menggandakannya.

Bekerjalah untuk hidup.
Bina pendapatan ke-2 (lagi bagus pendapatan pasif) untuk hidup lebih senang.
Ambil insuran (takaful untuk patuh syariah) untuk perlindungan bagi keupayaan mencari rezeki (terutama ketua keluarga).
Melaburlah untuk menggandakan wang dan lebih cepat menjadi kaya.
Bina tabung kecemasan agar tidak terjerumus ke dalam hutang tidak baik yang kronik.

Antara sumber pendapatan ke-2 yang boleh dibina ialah;

1. Blog (melalui iklan atau jual blog)
2. Affiliate
3. Dropship

Nanti aku kongsikan perjalanan aku membina sumber pendapatan ke-2 (selepas berjaya)..hehe

Pendapatan pasif

Mari Menabung!  

Posted by Xunpheriz in , ,

Kita dah tahu, simpan 10% dari pendapatan bulanan. Tapi kadang-kadang sukar menyimpan, dikorek semula yang telah disimpan. Bagaimana nak menyimpan? Tabung kecemasan pun sikit, simpanan makin berkurangan.

Saya ingin berkongsi cara mudah menyimpan wang.

Antaranya ialah :

1.   Sehari RM3
2.   GST ke atas perbelanjaan setiap hari sebanyak 10%
3.   Simpanan harian; setiap not RM1.
4.   Simpanan mingguan; 1 not RM5.
5.   Simpanan 4 minggu; 1 not RM10.

Setiap hari diwajibkan menyimpan RM3. Setahun sudah menjadi RM1095.

10% dari jumlah perbelanjaan harian dimasukkan ke dalam tabung simpanan. Makin banyak berbelanja, makin banyak simpanan.

Sekurang-kurangnya sekeping not RM1 sehari. Jika membeli barang berharga RM2, bagi not RM5 @ RM10. Baki; sama ada RM3 @ RM8, berapa keping pun not RM1, masukkan ia ke dalam tabung simpanan. Setahun sudah mempunyai RM365, menyamai bilangan hari dalam setahun.

Setiap minggu, simpan RM5. Setahun @ 52 minggu sudah berjumlah RM260.

Manakala 4 minggu sekali, simpan RM10. 52 minggu @ 13 minggu, sudah menjadikan RM10 kepada RM130. Saya tidak letakkan RM10 untuk 1 bulan. Ia merugikan. Walaupun setahun mempunyai 12 bulan, namun bukan 48 minggu tetapi 52 minggu. Kita akan rugi 4 minggu untuk simpanan.

Dicampur semua; RM1095 + RM365 + RM260 + RM130 = RM1850, untuk setahun. Jumlah yang banyak. Tak sukar untuk menyimpan, bukan?

 

Posted by Xunpheriz

Hai

posted from Bloggeroid

Paid To Click untuk Malaysian  

Posted by Xunpheriz in ,

Mencari PTC untuk disertai, saya terjumpa sebuah laman web PTC khas untuk orang Malaysian. Sebab ia dalam bahasa Melayu. Link yang perlu diklik pula memang menuju ke laman web jualan dalam bahasa Melayu dan produk orang Malaysia.

Agak memudahkan bila boleh withdraw / cashout (pembayaran) ke bank-bank tempatan seperti CIMB dan BSN. Tetapi perlu menunggu agak lama kerana jumlah yang dibenarkan untuk withdraw ialah RM10.

Namun, berbaloi untuk dicuba berbanding melayari internet tanpa menjana sebarang pendapatan. Cuma klik untuk dibayar.


TIP-TIP KEWANGAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA  

Posted by Xunpheriz in , , , , ,



Ulasan mengenai buku agak ini terlewat kerana saya membeli buku ini pada 18 Jun 2010 yang lalu, ketika menyertai program lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur sebagai guru pengiring.

Berhenti sebentar berdekatan dengan Kompleks Membeli-belah Sogo, saya memasuki Pustaka Mukmin dan terlihat sebuah buku bertajuk “Tips Kewangan Untuk Rakyat Malaysia”. Beberapa kali letak dan belek, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli buku itu kerana ingin mengetahui apakah tips yang dikatakan sesuai untuk rakyat Malaysia.


Perkara yang baru saya tahu?


Antara perkara baru yang menarik perhatian saya ialah NCD iaitu No Claim Discount. NCD ini ialah diskaun yang diberikan kepada pemegang polisi apabila memperbaharui insurans kenderaan mereka jika tiada sebarang tuntutan yang dibuat ke atas polisi tersebut untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan.

Jika NCD ini dapat diekploitasi secara bijak, ia dapat menjimatkan wang anda dengan cara-cara tertentu.

Perkara lain ialah bagaimana untuk mengira keuntungan dari sesuatu pelaburan.


Secara umumnya..


Buku ini mempunyai 24 tip kecil dengan pembahagian 4 bahagian utama di bawah bahagian Tip Kewangan Bijak, Tip Menjana Wang, Tip Menjimat Wang dan Tip Melindungi Wang.

Buku ini mengandungi tip yang mudah, santai dan praktikal. Ia memang sesuai untuk rakyat Malaysia dan memerlukan usaha yang minimum. Kadang kala membaca buku kewangan yang ditulis oleh orang Barat mempunyai tip yang kurang sesuai untuk rakyat di sini kerana perbezaan ekonomi yang diamalkan oleh negara masing-masing.

Bagi saya, membaca buku kewangan perlulah mengenai salah satu dari aspek berikut; menjana wang, menjimatkan wang atau melindungi wang. Buku ini mengandungi kesemua aspek tersebut.

Buku ini terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Buku yang saya beli dalam bahasa Melayu (seperti di dalam gambar di atas).

p.s: berapa banyak buku kewangan yang anda baca setiap tahun?

Ramadhan al-Mubarak  

Posted by Xunpheriz in , , , ,

Mengurangkan perbelanjaan (part 1)  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan perbelanjaan:

1. Gunakan lampu jimat tenaga
2. Beli secara pukal atau borong
3. Banyakkan duduk di rumah
4. Patuhi peruntukan perbelanjaan yang telah ditetapkan
5. Rancang menu untuk seminggu sebelum membeli
6. Sediakan senarai membeli sebelum membeli belah
7. Jangan membeli mengikut trend dan fesyen
8. Bandingkan harga sebelum membeli
9. Membeli ketika jualan runtuh
10. Beli barangan terpakai yang masih boleh digunakan
11. Amalkan tabiat kesihatan yang baik
12. Jangan merokok dan minum arak
13. Bawa bekal ketika kerja
14. Membeli jenama yang murah tetapi berkualiti
15. Menggunakan kupon diskaun/rebat
16. Kurangkan makan di luar
17. Minum air suam ketika makan di luar
18. Guna hanya 1 kad kredit
19. Minta diskaun (pengurangan harga) sebelum membeli sesuatu
20. Jadi ahli/member pasaraya

p.s: nanti kita perincikan setiap langkah di atas..

Kebebasan Kewangan  

Posted by Xunpheriz in , , , ,

Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan?

Bagi saya, ia bermaksud kita tidak mempunyai hutang yang buruk, mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk kecemasan dan persediaan untuk masa depan.

Agak mustahil untuk bebas hutang sepenuhnya, kecuali bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan selalu membayar hutang tersebut tanpa henti. Bayangkan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan sahaja memerlukan masa berbelas tahun untuk dilunaskan.

Dengan harga rumah dan tanah yang tinggi sekarang, pinjaman perumahan yang diambil oleh seseorang graduan yang baru bekerja, hanya akan habis dilangsaikan selepas 10-20 tahun. Manakala bagi harga kereta yang agak tinggi dan keinginan untuk membeli kereta import (yang selalu dipandang lebih berkualiti dari buatan tempatan), pinjaman kenderaan akan turut tinggi.

Jadi bagi saya, cukuplah sekadar tidak mempunyai hutang yang buruk.

Berhutang untuk membeli rumah dan kereta adalah hutang untuk keperluan, walaupun ia tidak menambahkan aset kita. Tetapi jika boleh, berhutang dengan tempoh pinjaman yang pendek dan bayaran bulanan yang rendah, agar kita tidak perlu membayar faedah pinjaman yang tinggi.

Antara hutang yang buruk ialah, hutang kad kredit. Kenapa ia dikatakan hutang buruk (bad debt)? Sebabnya, ia mampu beranak. Haha.. Hutang ini mampu berganda dengan kadar faedah yang tinggi, iaitu 18% setahun.

p.s: bagaimana nak hapuskan hutang buruk?..

Apa gunanya Email Blaster?  

Posted by Xunpheriz in , , , , ,

Menjana wang secara online tidak mudah. Apatah lagi kalau kita nak mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada orang lain. Menghantar email secara sembarangan kepada orang lain akan dikira spam. Ketika itu, promosi kita akan terus didelete, tanpa dibaca dahulu.

Namun, melanggan autoresponder dan mendapatkan subscriber memerlukan masa dan duit. Kita perlu membayar tiap bulan dan menulis artikel dengan baik, untuk memancing subscriber terus setia dengan kita.

Antara pilihan lain, gunakan Email Blaster. Kita dapat menghantar email kepada ramai orang secara sah. Sekurang-kurangnya 1,000 orang akan menerima dan membuka email kita.

Bagaimana Email Blaster berfungsi?

Email Blaster berfungsi dengan menghantar email kepada ahli-ahlinya. Namun, mereka juga perlu membuka email yang dihantar untuk mendapatkan kredit. Kredit yang terkumpul barulah membolehkan mereka menghantar email kepada ahli-ahli lain.

Pendaftaran adalah percuma tetapi setiap ahli perlu rajin membuka email dan mengklik link yang ada, untuk mendapatkan kredit tersebut. Biarkan selama beberapa saat dan setelah diberitahu bahawa kredit anda telah ditambah, tutuplah tab tersebut.

Kebiasaannya ahli-ahli Email Blaster ini terdiri dari luar negara dan email yang dihantar dalam bahasa Inggeris.

p.s:ada sertai mana-mana Email Blaster?

GST dalam simpanan..  

Posted by Xunpheriz in ,

Bercuti dari pertengahan bulan November 2009 sehingga awal bulan April 2010, tanpa sebarang sambungan internet, saya tak sempat mempraktikkan tip dan strategi yang diberikan dalam Simpan Challenge 2009.

Saya membaca semula tip dan strategi yang diberikan sepanjang bulan November 2009 itu. Antara tip menarik yang dapat menambahkan simpanan ialah berkaitan GST. GST ialah Good's and Service Tax atau cukai barang dan perkhidmatan.

Setiap barangan yang dibeli akan dikenakan nilai tambah sebanyak 7%-10% dari harga asal. Oleh itu, harga barangan dan perkhidmatan tersebut menjadi 110%.

Begitu juga dengan setiap perbelanjaan harian kita. Tambahkan GST di mana ia akan disimpan ke dalam tabung simpanan sedia ada. Contohnya, kita membelanjakan RM4 untuk makan tengah hari. Saya sarankan 10% dari RM4, bersamaan 40 sen. GST ini akan menambahkan nilai simpanan anda.

Selain menyimpan RM1 sehari, GST ini turut menyumbang untuk meningkatkan simpanan. Kerana saya sendiri baru mengamalkannya sejak minggu lepas. Tip mudah ini meningkatkan simpanan sebanyak 20%..

p.s: Menunggu dan mencari tip kewangan lain untuk diamalkan..Sama-samalah berkongsi.

Melabur dalam ilmu  

Posted by Xunpheriz in ,

Sebelum memulakan sebarang pelaburan, amat penting untuk menetapkan dalam minda mengenai kemungkinan sebarang risiko. Tetapkan dalam minda, pelaburan dalam apa jua bidang pun terdedah kepada kerugian dan keuntungan.

Namun, risiko tersebut dapat diminimumkan dengan menambahkan ilmu mengenai pelaburan. Banyakkan membaca buku dan ebook, menghadiri seminar, bertanya orang lain yang lebih mengetahui dan mengambil tahu perkembangan terkini ekonomi semasa.

Kesilapan kebanyakan pelabur, mahu cepat kaya dan malas serta tidak mahu melabur dalam menambahkan ilmu dan memantapkan minda. Apa yang mereka tahu, jika orang lain boleh untung banyak, mengapa tidak mereka? Tanpa mereka sedari, orang lain telah gagal dalam kebanyakan pelaburan mereka.

Justeru, pengalaman kegagalan itulah yang mematangkan penulis buku pelaburan yang terdapat di pasaran sekarang. Bukan setakat membeli dan mencuba sendiri, terus mengharapkan hasil seperti pakar.

Melaburlah dalam ilmu, terus mencuba walaupun gagal dan bertawakkal kepada-Nya. Jalan kekayaan tidak mudah tetapi ia juga tidak sukar seperti yang disangka..

Baca dan Menang!  

Posted by Xunpheriz in , ,

1 peraduan telah dianjurkan, sebagai galakan para pelajar dan remaja untuk menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama semasa musim cuti sekolah.

Peraduan yang julung-julung kali dianjurkan oleh PTS ini bakal menjadi acara tahunan setiap kali tibanya musim cuti sekolah hujung tahun. Peraduan ini bakal berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010.

Penyertaan terbuka kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah, juga kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini sekaligus bermakna, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini!

Pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM70 ribu menanti para pemenang.

Terdapat hadiah utama yang berupa barangan elektronik berserta set perpustakaan mini bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000. Malah, para pemenang boleh memilih sendiri buku apa yang mereka suka daripada beratus-ratus judul buku terbitan PTS.

Hadiah mingguan khusus kepada sekolah yang menang penyertaan pelajar sekolah paling ramai setiap minggu turut disediakan. Hadiahnya yang berupa buku PTS bernilai RM3,000, bolehlah dijadikan untuk tambahan koleksi buku di perpustakaan sekolah buat bacaan para pelajar.

Syarat untuk menyertai peraduan ini cukup mudah. Anda cuma perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dan anda sudah layak menyertai peraduan ini. Dapatkan borang peraduan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul, tulis slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.

Selepas itu, apa lagi…masukkan borang peraduan ke dalam kotak yang disediakan di kedai buku ataupun hantar terus borang peraduan kepada PTS. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal sebagai bukti pembelian.

Oh ya, anda juga boleh membeli buku secara online di Book Cafe. Kemudian, lakukan langkah yang berikut seperti diberitahu di sini.

Untuk menyertai peraduan ini, anda boleh klik di banner sebelah kiri artikel ini.

Selamat menyertai! Semoga anda berpeluang menang.

Tip Simpan Challenge 2009: Hari Bebas Belanja!  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Hari ni tak tau nak update blog kewangan ni pasal pa. Kehabisan idea. Untuk artikel kali ni, saya nak ulas mengenai tip dan strategi yang diberikan dalam Simpan Challenge 2009.

Salah satu tip menarik yang ingin saya kongsi ialah jangan belanja bagi 1 hari dalam seminggu. Anda catat perbelanjaan keluarga dalam seminggu, iaitu tiap-tiap hari. Kemudian tambah kesemua belanja tersebut dan bahagikan dengan 7 untuk 7 hari dalam seminggu.

Hasilnya, anda akan mendapat purata belanja harian anda. Kemudian, tetapkan 1 hari setiap minggu sebagai hari tidak boleh belanja.

Belanja purata harian yang sepatutnya anda belanjakan pada hari tersebut, anda simpan. Dan ulang tip ini tiap minggu, senang kata rutin mingguan. Sekaligus anda dapat menjimatkan wang + menyimpan wang hampir RM100 setiap bulan.

Oh ya, kalau tak belanja, bagaimana dengan belanja untuk hari tersebut? Jawapannya; cuba dahulukan belanja hari tersebut kepada hari sebelumnya. Makan di rumah, jangan makan angin pada hari tersebut dan lebihkan kepada aktiviti kekeluargaan.

Jimat duit, dapat menyimpan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. 3 kelebihan dengan 1 tip. Hebat kan?

Hanya dengan jadikan 1 hari dalam seminggu sebagai Hari Bebas Belanja!

p.s;Tip dan strategi dalam Simpan Challenge 2009 lebih banyak dan sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga. Tapi, tak salah untuk cuba amalkannya, walaupun anda/kita/saya masih bujang, bukan?

Sertai Simpan Challenge 2009 sekarang!  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Sesiapa yang ingin mencabar diri sendiri untuk menyimpan lebih banyak, saya sarankan untuk menyertai Simpan Challenge 2009. Ia adalah satu kempen menggalakkan budaya menyimpan di kalangan rakyat Malaysia. Peserta kempen ini akan mendapat tip dan strategi menyimpan yang mudah dan praktikal.

Misinya cukup mudah; memberi tip dan strategi menyimpan kepada anda setiap hari supaya anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari! Ya, RM1,000 dalam masa 30 hari; 1hb November 2009 sehingga 30hb November 2009.

Sekali tengok, misi yang tidak logik; menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari. Sedangkan dengan harga barang dan makanan yang semakin tinggi, sekadar beberapa ratus ringgit untuk disimpan setiap bulan sudah memeningkan kepala.

Apa sekalipun, tidak salah mencuba kerana yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM10. Mungkin anda tertanya; mengapa dikenakan bayaran/yuran pula?

Kerana perkara percuma selalunya tak dihargai. Ia umpama komitmen anda untuk membuka email bagi mendapatkan tip dan strategi menyimpan yang telah dihantar ke email anda.

Jika tiada bayaran, peserta tidak akan komited untuk membuka email setiap hari dan mengikuti tip dan strategi menyimpan yang disarankan.

Malah, saya sendiri menyertai kempen walaupun saya masih belajar dan belum bekerja, untuk mendapatkan tip dan strategi menyimpan yang dapat digunakan kelak.

Jika anda tidak dapat menyimpan walaupun RM10 sepanjang 30 hari tersebut, RM10 akan dikembalikan semula.

Tapi, takkan ianya sangat susah untuk menyimpan sekadar RM10 dalam masa 30 hari? Saya sendiri dapat menyimpan RM30 untuk 30 hari, menggunakan tip saya sendiri. Jika anda yang sudah bekerja, pasti lebih mudah bukan?

Sertai Simpan Challenge 2009 sekarang! Klik sini!
Selamat menyimpan!

Permulaan yang keliru..  

Posted by Xunpheriz in , , ,

Saya tidak ingat bagaimana saya mengenali perniagaan internet. Bagaimana saya gila mendownload ebook (buku elektronik) percuma hingga memenuhi thumbdrive saya dengan ebook yang masih belum dibaca melebihi 80%. Bagaimana saya bersemangat untuk mencontohi kejayaan usahawan internet tempatan dan luar negara yang berjaya mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan.

Tapi setiap kali membaca newsletter dari internet marketer tempatan mengenai produk mereka yang hangat terjual, bagaimana mereka ingin membantu pelanggan mereka untuk turut menjana pendapatan dari internet seperti mereka; saya hanya membaca sambil tersenyum sendirian.

Mengapa?

Sebab saya tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri untuk membeli produk-produk tersebut, juga sebuah laptop atau komputer untuk membaca, jauh lagi mengaplikasikan apa yang terdapat dalam ebook yang dibeli kelak.

Sehingga sekarang, saya hanya mampu berharap untuk mempunyai satu pendapatan pasif dari internet. Tapi permulaan ke arah tersebut seolah-olah masih samar. Tiada kepastian. Mungkin saya hanya perlu merancang ke arah tersebut dan bersiap sedia untuk berlari jika masanya telah tiba.

Jika sekarang saya merangkak, saya berharap dapat berlari pada masa depan. Yang penting, saya tidak berputus asa, walaupun langkah saya masih perlahan dan kejayaan yang diimpikan masih jauh!

Usaha yang akan saya usahakan sekarang ialah;

1. Membaca ebook percuma/berbayar yang saya miliki.
2. Mencari sumber kewangan tersendiri agar dapat membeli sebuah laptop/pc.
3. Membaca artikel usahawan internet tempatan dan luar negara untuk meningkatkan ilmu mengenai blogging dan internet.
4. Mencari niche tersendiri dan fokus hanya pada niche tersebut pada 1 masa sehingga saya menjadi pakar.

p.s; Jangan pernah berputus asa jika sudah bermula. Mungkin pintu kejayaan sudah berada di depan kita tanpa kita sedari. Acapkali seseorang itu berhenti apabila kejayaan hanya beberapa langkah lagi di depannya.

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile