ESQ sesat???  

Posted by Xunpheriz in

Penulis pernah menyentuh mengenai tajuk post ni 2 bulan lepas di post ni. Tapi belum sempat diulas dek kekurangan masa.

Mendapat peluang, penulis ingin meluahkan pendapat peribadi mengenai ESQ dan mengulas pendapat bahawa ESQ sesat seperti yang didakwa di blog ini.

Pengalaman

Penulis antara peserta bagi Angkatan Mahasiswa Pertama yang diadakan pada 17 Januari 2008 bertempat di Hotel ... (x ingat). Bayaran >RM500 dengan alumni seumur hidup percuma. Penulis menyertai program ESQ kerana diajak oleh senior dan turut disertai oleh sorang kawan rapat penulis.

Pendapat

Bagi penulis, cara yang digunakan oleh ESQ memang baru. Menggunakan bunyi yang kuat sebagai perantara dan simbolik bagi setiap rukun, memberikan kesan tersendiri bagi setiap peserta. Penulis sendiri menangis apabila mendengar sirah nabi kerana terkenangkan kesusahan yang dilalui baginda untuk menegakkan Islam, walaupun tidak dirasai penulis sendiri.

Penulis cuba mengasingkan emosi dan ilmiah dalam membahaskan isu ini. Terlalu beremosi hanya akan memburukkan keadaan, menggalakkkan pergaduhan dan membangkitkan dendam. Penulis tak mempertahankan bahawa ESQ betul tapi, tidak juga semestinya ESQ salah. Dalam mencari kebenaran, setiap aspek perlu dilihat dan dinilai. Menghakimi perlu pandangan dari 2 pihak..

Kesedaran rohani yang dicapai oleh para nabi dan wali takkan sempurna kecuali dengan hidayah dan taufik dari-Nya. Tetapi, kesedaran rohani itu sendiri takkan memahami hidayah-Nya tanpa pencarian kebenaran agama oleh individu itu sendiri.

Tidak salah untuk mencari hidayah melalui cara dan jalan kita sendiri tapi, perlulah memohon kepada-Nya agar dikurniakan hidayah dan moga jalan yang kita tempuhi adalah jalan yang lurus dan diredhai-Nya.

Berkenaan suara hati atau istilah God Spot yang digunakan dalam ESQ, Rasulullah s.a.w sendiri menyarankan kita bertanya kepada hati kita dalam melakukan sesuatu perkara. Andai hati kita bergoncang, maka perbuatan tersebut adalah dosa. Andai hati kita tenang, maka lakukannya.

Tetapi, hati itu sendiri tidak sempurna untuk menjadi punca atau dasar ilmu dalam sesuatu perbuatan kerana hati yang mati dan gelap tidak akan bergetar bila melakukan kejahatan. Oleh itu, ilmu perlu ditambah, amal perlu ditingkatkan dan hati perlu dibersihkan selalu dengan istighfar agar mudah berhubung dengan-Nya.

Berkaitan nama-nama-Nya yang ditafsirkan untuk disesuaikan dengan matlamat kursus, penulis cuma ingin memberikan pendapat peribadi penulis. Nama-nama-Nya yang suci dan agung hanya sesuai untuk-Nya namun tafsiran yang diberikan tidak bermaksud untuk mencemari kesucian dan keagungan nama-Nya tetapi untuk lebih mencintai-Nya dalam segenap kehidupan.

Kita sebagai hamba cuba untuk mencapai kesempurnaan seorang hamba dengan mentafsirkan nama dan sifat-Nya agar sesuai untuk seorang hamba. Tiada yang sempurna melainkan-Nya sahaja. Oleh itu, tafsiran yang diberikan sebagai matlamat dalam kehidupan seorang hamba.

0 comments

Post a Comment

Blogger

My Photo
Xunpheriz
Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Malaysia
interesting to explore the new thing, like to know more people, more to quiet in more situation, tidy, astronomy student..
View my complete profile